Memandu Sekitar Sukhothai Historical Park
Seterusnya saya memandu ke Wat Si Sawai yang terletak bersebelahan dengan Wat Mahathat. Saya dapat parkir kereta betul-betul di hadapan kuil ini. Apabila melihat tiga prang (menara) ini, saya terbayang sebuah kuil di Lop Buri yang pernah dilawati kira-kira 3 tahun dahulu. Semua ini menunjukkan bahawa kuil ini pada asalnya adalah suatu tempat ibadat Hindu dan kemudiannya berubah menjadi kuil Buddha. Apabila meninjau di bahagian sisi kuil, saya menemui pohon ini yang dipenuhi dengan patung-patung kecil dan kebanyakannya saya rasa adalah patung penyembahan Hindu. Seterusnya saya ke Wat Trapang Ngoen. Wat ini pada asalnya terletak di tengah tasik. Dari tempat parkir kereta, saya ternampak patung Buddha ini juga dalam keadaan berjalan. Pada viharn kuil, saya ternampak patung Buddha yang besar ini dalam keadaan duduk di atas kelopak teratai. Seterusnya saya ke Wat Sa Si. Kuil kuno ini asalnya dibina indah di tengah-tengah takungan yang besar yang kini menjadi sebua...