Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel makanan halal

Ride & Chill 2017: Menuju sempadan Thai-Laos

Imej
Jam 3:00 petang saya mendapat panggilan daripada Pusat Servis Kawasaki Rama 4 menyatakan bahawa Tuxedo sudah hampir siap dan boleh diambil petang ini. Saya pun terus mendapatkan GrabBike dan menuju ke pusat servis berkenaan. Syukur Tuxedo telah pulih seperti sedia kala. Setelah mendapatkannya saya pun terus ke stesen Hualamphong. Semasa mendaftarkan Tuxedo untuk memasuki gerabak kargo, saya dimaklumkan bahawa Tuxedo akan dimasukkan dalam tren berlainan daripada tren saya naiki. Ini kerana tren yang saya naiki iaitu Train Express No. 77 tiada gerabak kargo. Ia akan menaiki Train Rapid No. 133 Inilah koc kelas 3 dalam Train Express No. 77 yang bertolak dari Bangkok jam 6:35 petang. Koc ini tidak berhawa dingin serta tempat duduknya tidak berkusyen. Tambang ke Nong Khai adalah 245 Baht. Masa ini Tuxedo masih di Bangkok dan hanya akan berlepas dari sana jam 8:45 malam. Suasana agak berlainan dalam koc kelas ketiga ini. Sungguh pun begitu, saya rasa begit...

Ride & Chill 2017: Tuxedo Meragam

Imej
Hari 2 (13 Disember 2017, Rabu) Jam 12:00 tengah hari, saya pun check-out hotel dan bersiap ke Stesen Keretapi Hatyai. Tren saya ke Bangkok hari ini adalah tren no. 170 yang dijangka bertolak jam 2:45 petang. Sebaik saya memulakan perjalanan, tiba-tiba yang merasakan ada sesuatu yang tak kena pada gear Tuxedo. Peralihan gear agak sukar menyebabkan pergerakan motor agak tersangkut-sangkut. Tanpa mengelahkan masa, saya terus ke bengkel motosikal Kawasaki di bandar ini. Jam menunjukkan pukul 1.00 petang. Saya merasa resah kerana perlu menaiki keretapi sebentar lagi. Bagi menenangkan hati, saya membuat andaian mungkin keretapi akan bertolak lewat seperti sebelum ini. Selepas hampir 1 jam pemeriksaan dilakukan, mekanik memaklumkan terdapat kerosakan pada spring gear Tuxedo. Malang sekali, alat gantian berkenaan tiada di tempat mereka dan perlu membuat pesanan dari Bangkok. Saya pun meminta mereka alamat Kawasaki di Bangkok dengan harapan dapat membawa Tuxedo apabila tiba di Bangkok....