Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel thailand

Ride & Chill 2017: Menuju sempadan Thai-Laos

Imej
Jam 3:00 petang saya mendapat panggilan daripada Pusat Servis Kawasaki Rama 4 menyatakan bahawa Tuxedo sudah hampir siap dan boleh diambil petang ini. Saya pun terus mendapatkan GrabBike dan menuju ke pusat servis berkenaan. Syukur Tuxedo telah pulih seperti sedia kala. Setelah mendapatkannya saya pun terus ke stesen Hualamphong. Semasa mendaftarkan Tuxedo untuk memasuki gerabak kargo, saya dimaklumkan bahawa Tuxedo akan dimasukkan dalam tren berlainan daripada tren saya naiki. Ini kerana tren yang saya naiki iaitu Train Express No. 77 tiada gerabak kargo. Ia akan menaiki Train Rapid No. 133 Inilah koc kelas 3 dalam Train Express No. 77 yang bertolak dari Bangkok jam 6:35 petang. Koc ini tidak berhawa dingin serta tempat duduknya tidak berkusyen. Tambang ke Nong Khai adalah 245 Baht. Masa ini Tuxedo masih di Bangkok dan hanya akan berlepas dari sana jam 8:45 malam. Suasana agak berlainan dalam koc kelas ketiga ini. Sungguh pun begitu, saya rasa begit...

Ride & Chill 2017: Tuxedo Meragam

Imej
Hari 2 (13 Disember 2017, Rabu) Jam 12:00 tengah hari, saya pun check-out hotel dan bersiap ke Stesen Keretapi Hatyai. Tren saya ke Bangkok hari ini adalah tren no. 170 yang dijangka bertolak jam 2:45 petang. Sebaik saya memulakan perjalanan, tiba-tiba yang merasakan ada sesuatu yang tak kena pada gear Tuxedo. Peralihan gear agak sukar menyebabkan pergerakan motor agak tersangkut-sangkut. Tanpa mengelahkan masa, saya terus ke bengkel motosikal Kawasaki di bandar ini. Jam menunjukkan pukul 1.00 petang. Saya merasa resah kerana perlu menaiki keretapi sebentar lagi. Bagi menenangkan hati, saya membuat andaian mungkin keretapi akan bertolak lewat seperti sebelum ini. Selepas hampir 1 jam pemeriksaan dilakukan, mekanik memaklumkan terdapat kerosakan pada spring gear Tuxedo. Malang sekali, alat gantian berkenaan tiada di tempat mereka dan perlu membuat pesanan dari Bangkok. Saya pun meminta mereka alamat Kawasaki di Bangkok dengan harapan dapat membawa Tuxedo apabila tiba di Bangkok....

Ride & Chill 2017 Bermula

Imej
Hari 1 (12 Disember 2017, Selasa) Hujan yang turun sejak tengah hari menyebabkan saya bertolak agak lewat. Jam 5:38 petang saya meninggalkan bandaraya Ipoh dan menunggang Tuxedo menuju Hatyai. Dalam perjalanan, cuaca agak baik cuma hujan sedikit di sekitar Alor Setar. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk ke Hatyai. Setibanya di Changlun, seperti biasa saya membeli insurans Thailand, mengisi borang TM dan juga kad ketibaan. Setibanya di Bukit Kayu Hitam, saya agak keliru dengan laluan ke kompleks imigresen yang telah berubah ke bangunan baru. Entah bila bangunan ini dibina pun saya tidak menyedarinya sebelum ini. Tahu-tahu saja, ia telah disiap. Begitu juga dengan imigresen Thailand di Sadao. Mereka juga telah berpindah dan beroperasi di bangunan baru. Urusan imigresen dan kastam pada malam ini agak lancar dan tiada kesesakan. Sebaik memasuki pekan Dannok, saya membeli kad sim DTAC di salah sebuah kedai telefon di situ dan selepas makan makan, saya mener...

Bermulanya KSR 3

Imej
Hari Pertama (10/12/2014) Hari ini saya memulakan kembara bermotosikal saya yang ketiga selepas kembara yang lalu iaitu Laos. Seawal  jam 6:30  pagi, saya meninggalkan Ipoh dan menuju ke utara. Disebabkan semalaman tadi hujan telah turun, perjalanan pagi ini agak dingin dan beberapa kawasan diselubungi kabus. Saya turut mengisi minyak RM11 di Shell Juru Perjalanan pagi ini agak lancar, dan saya tiba di Changlun lebih kurang jam 11:00 pagi. Seperti biasa, saya membeli insurans Thai untuk motosikal saya. Disebabkan perjalanan kali ini turut memakan masa lebih daripada seminggu, saya terpakssa membeli insurans untuk tempoh sebulan yang berharga RM36. Selepas itu saya menukar wang ke Baht Thailand. Disebabkan mata wang ringgit agak rendah pada ketika ini, bagi RM10, saya hanya mendapat 94 Baht. Saya juga turut mengisi minyak di Caltex Bukit Kayu Hitam sebanyak RM10. Kemudian, saya meneruskan perjalanan ke pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam. Disebabkan hari ini bukan hujung mingg...