Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AH15

Ride & Chill 2017: Menuju Sempadan Laos-Vietnam Dalam Kedinginan

Imej
Hari 6 (17 Disember 2017, Ahad) Setelah menjelang pagi, saya pun bingkas bangun dan menyiapkan diri. Seperti biasa saya mencari secawan kopi panas di kawasan sekitar Ban Na Hin. Ban Na Hin merupakan sebuah perkampungan kecil. Di sini terdapat beberapa buah rumah tumpangan, kedai runcit dan mesin ATM. Cuaca pada pagi ini begitu dingin ditambah pula dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hari ini saya akan bergerak ke arah timur memasuki negara Vietnam melalui pintu sempadan Nam Phao (Laos)/Cau Treo (Vietnam). Selepas menikmati secawan kopi panas, saya kembali ke rumah tumpangan untuk bersiap. Gambar di atas adalah semasa saya mengikat beg di hadapan bilik penginapan di Xaychalern Guesthouse. Harga semalaman di sini adalah 60,000 Kip. Selepas semuanya siap, saya pun meninggalkan Ban Na Hin menuju ke Lak Sao. Saya terpaksa bertukar sarung tangan separa kepada sarung tangan penuh bagi menahan kesejukan terutama semasa ride . Sebaik sahaja keluar dari ...

Ride & Chill 2017: Nam Phao/Cau Treo Border

Imej
Jam 3:00 petang, saya tiba di Nam Phao International Border Checkpoint. Setelah memakir Tuxedo, saya pun menuju ke bangunan imigresen untuk cop pasport dan selepas itu memulangkan semula borang kastam (berwarna hijau) yang diperolehi di pintu sempadan masuk Thanaleng. Urusan di sini adalah mudah tanpa banyak soal selidik. Selepas itu, saya mendapatkan semula Tuxedo dan bersedia untuk ride ke pintu sempadan Cau Treo, Vietnam dengan penuh debaran. Hati saya lebih berdebar di sini berbanding di Jambatan Persahabatan I dua hari lepas. Saya hanya berserah sama ada Tuxedo lepas masuk ke Vietnam atau tidak. Dari pintu Nam Phao ke pintu Cau Treo, jaraknya lebih kurang 700 meter. Setiba di pintu Cau Treo, polis sempadan memeriksa pasport dan mendapati saya rakyat Malaysia. Apabila memeriksa nombor plet Tuxedo, beliau menyangka motosikal saya adalah motosikal Laos. Selepas mengetahui saya membawa motosikal kepunyaan sendiri, beliau memberi laluan masuk. Lega sangat rasanya. ...