Ride & Chill 2017: Nam Phao/Cau Treo Border

Jam 3:00 petang, saya tiba di Nam Phao International Border Checkpoint.

Setelah memakir Tuxedo, saya pun menuju ke bangunan imigresen untuk cop pasport dan selepas itu memulangkan semula borang kastam (berwarna hijau) yang diperolehi di pintu sempadan masuk Thanaleng. Urusan di sini adalah mudah tanpa banyak soal selidik.

Selepas itu, saya mendapatkan semula Tuxedo dan bersedia untuk ride ke pintu sempadan Cau Treo, Vietnam dengan penuh debaran. Hati saya lebih berdebar di sini berbanding di Jambatan Persahabatan I dua hari lepas. Saya hanya berserah sama ada Tuxedo lepas masuk ke Vietnam atau tidak.


Dari pintu Nam Phao ke pintu Cau Treo, jaraknya lebih kurang 700 meter. Setiba di pintu Cau Treo, polis sempadan memeriksa pasport dan mendapati saya rakyat Malaysia. Apabila memeriksa nombor plet Tuxedo, beliau menyangka motosikal saya adalah motosikal Laos. Selepas mengetahui saya membawa motosikal kepunyaan sendiri, beliau memberi laluan masuk. Lega sangat rasanya.

Sebaik diberi pelepasan masuk
Selepas diberi pelepasan masuk, saya terus memakir Tuxedo dan menuju ke bangunan untuk urusan imigresen. Selepas mengisi borang ketibaan, pasport saya dicop dan bayarannya adalah 1 USD atau 10,000 Kip atau 20,000 Dong. Selepas itu saya mengambil Tuxedo, melalui pemeriksaan kastam. Mereka hanya memeriksa pasport saya dan apabila bertanya tentang motosikal, saya mengatakan motosikal saya sendiri yang dibawa dari Malaysia. Selepas itu, saya diberi pelepasan.

Bersedia meninggalkan pintu sempadan Cau Treo
Laluan dalam catatan ini:


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam