Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel border-notes

Ride & Chill 2017: Nam Phao/Cau Treo Border

Imej
Jam 3:00 petang, saya tiba di Nam Phao International Border Checkpoint. Setelah memakir Tuxedo, saya pun menuju ke bangunan imigresen untuk cop pasport dan selepas itu memulangkan semula borang kastam (berwarna hijau) yang diperolehi di pintu sempadan masuk Thanaleng. Urusan di sini adalah mudah tanpa banyak soal selidik. Selepas itu, saya mendapatkan semula Tuxedo dan bersedia untuk ride ke pintu sempadan Cau Treo, Vietnam dengan penuh debaran. Hati saya lebih berdebar di sini berbanding di Jambatan Persahabatan I dua hari lepas. Saya hanya berserah sama ada Tuxedo lepas masuk ke Vietnam atau tidak. Dari pintu Nam Phao ke pintu Cau Treo, jaraknya lebih kurang 700 meter. Setiba di pintu Cau Treo, polis sempadan memeriksa pasport dan mendapati saya rakyat Malaysia. Apabila memeriksa nombor plet Tuxedo, beliau menyangka motosikal saya adalah motosikal Laos. Selepas mengetahui saya membawa motosikal kepunyaan sendiri, beliau memberi laluan masuk. Lega sangat rasanya. ...

Ride & Chill 2017: AH, Jambatan Persahabatan

Imej
Roda Tuxedo terus bergolek dan bergolek menuju ke Nong Khai menggunakan Route 2 yang merupakan sebahagian daripada Asian Highway 12 ( AH12 ). AH12 ini merupakan lebuh raya yang menganjur dari Laos ke Thailand melalui Jambatan Persahabatan I atau Friendship Bridge I . Jambatan yang menjadi perbualan hangat di media sosial beberapa bulan lepas apabila terdapat  rider  yang dihalang memasuki Laos melalui pintu sempadan ini. Mengikut Pelan A saya, sememangnya saya pun mahu mengelak menggunakan jambatan ini. Pada asalnya saya berniat untuk menggunakan pintu sempadan Bueng Kan-Paksan. Difahamkan feri di situ hanya beroperasi pada hari biasa (Isnin-Jumaat). Disebabkan itu, saya terpaksa meneruskan dengan Pelan B saya iaitu mencuba nasib di Jambatan Persahabatan I. Dalam 50 km dari Udon Thani, saya pun tiba di Nong Khai. Urusan di pintu keluar Thailand ini berjalan lancar dan mudah. Setelah pasport saya dicop, saya pun memulangkan borang kastam. Tidak lama s...

Hari 9: Eksplorasi Vang Vieng dan Menuju Friendship Bridge

Imej
Hari 9: 28/3/2014 Awal pagi saya sudah pun bangun dari tidur.   Sebaik keluar dari bilik hotel, saya tertarik dengan belon udara panas yang melintasi bahagian atas hotel.  

Merentasi Sempadan China-Vietnam Dengan Kereta Api

Imej
Tengah sedap-sedap tidur dalam tren Nanning-Hanoi, pintu kabin saya diketuk beberapa kali. Rupanya pemeriksaan imigresen. Kami sudah pun sampai di Pingxiang (pintu keluar negara China). Jam menunjukkan pukul 10:30 malam. Kastam pergi dari kabin ke kabin sampai membuat pemeriksaan passport. Dia turut mengutip passport mengikut urutan kabin. Selepas semua passport dikutip, kastam mengarahkan penumpang turun dari kereta api untuk pemeriksaan bagasi. Maka, saya terpaksa membawa turun semua beg dan ia di scan. Semua penumpang dikumpulkan dalam satu ruang. Macam pendatang asing pula rasanya. Selesai pemeriksaan bagasi, mereka mengarahkan semua penumpang naik semula ke dalam kereta api. Semasa di dalam tren, passport saya dikembalikan. Ia telah pun dicop keluar negara China. Kemudian tren meneruskan perjalanan. Saya kembali melelapkan mata. Kira-kira 45 minit kemudian, pintu kabin saya kembali diketuk. Rupanya saya telah sampai di Dong Dang (pintu masuk negara Vietnam). Jam menunjukk...

Hari 4: Bertolak ke Nanning dan Berlepas ke Hanoi

Imej
22 Disember 2012 Jam 6:00 pagi, saya pun check-out dari hotel. Dalam kedinginan subuh, saya berjalan kaki ke stesen bas Yang Shou yang terletak kira-kira 1km dari hotel. Kaunter bas masih ditutup. Mengikut jadual, bas pertama ke Guilin adalah pada pukul 6:45 pagi. Kira-kira pukul 6:30 pagi, baru kaunter tiket bas dibuka. Saya pun membeli tiket bas ke Guilin. Tambangnya 20 Yuan. Jam 6:45 pagi, bas pun meninggalkan Yang Shou. Bas meninggalkan Yang Shou Dalam perjalanan, bas melalui kawasan kampung, lebuh raya dan beberapa universiti. Plaza tol Apa yang saya dapati, jalan raya di Guilin agak berlumpur dan kebanyakan kenderaan dalam keadaan kotor. Jam 8:00 pagi, saya tiba stesen bas Guilin. Seperti biasa, saya didatangi beberapa touts yang menawarkan kenderaan ke Yang Shou. Hehe. Saya sendiri pun dari Yang Shou. Agak susah juga nak memberitahu mereka yang saya dari Yang Shou!! Dari stesen bas ke stesen kereta api   Mahu tidak mahu, saya mengabaikan mereka dan t...