Hari 9: Eksplorasi Vang Vieng dan Menuju Friendship Bridge

Hari 9: 28/3/2014

Awal pagi saya sudah pun bangun dari tidur.
 
Sebaik keluar dari bilik hotel, saya tertarik dengan belon udara panas yang melintasi bahagian atas hotel.
 

Menaiki belon udara panas merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di Vang Vieng.
 
Selepas belon tersebut berlalu, saya pun memanaskan enjin Tuxedo dan bersiap untuk eksplorasi Vang Vieng.
 
 
 

Perancangan asal ingin bersarapan di restoran makanan halal Nazim, akan tetapi ia masih tutup. Jadi saya hanya bersarapan Nescafe tin dan buah pisang.
 

Untuk eksplorasi gua di Vang Vieng, saya perlu melintasi toll bridge dengan bayaran 10,000 Kip (RM4)

Saya turut singgah mengisi minyak di salah sebuah kampung di sini. Saya mengisi sebotol minyak dengan harga 10,000 Kip (RM4)
Kemudian saya melalui kawasan jalan batu laterit.
 
Saya tertarik dengan pemandangan bukit batu kapur yang banyak terdapat di sini.
 
 
Di sini juga terdapat sebuah sekolah rendah.
 
 
 
Saya turut melalui beberapa buah kampung.
 
Saya meneruskan perjalanan ke Blue Lagoon cave. Selepas membayar tiket masuk berharga 15,000 Kip (RM 6), saya pun parkir motosikal saya. Saya tertarik dengan tasik yang berwarna kebiruaan.
 
Di tasik ini juga pengunjung boleh mandi-manda.
 

Kemudian saya pun masuk ke bahagian dalam untuk eksplorasi gua Blue Lagoon ini. Saya turut menyewa lampu suluh dengan harga 10,000 Kip (RM4)
 
 
Kira-kira 45 minit saya mengeksplorasi gua ini, saya berasa lega dapat keluar dengan selamat walapun terjatuh di satu tebing yang curam di dalam gua tersebut. Akibatnya saya tercedera di bahagian tangan dan kaki hinggakan bahagian betis seluar saya terkoyak.
 
 
Kemudian, saya pun kembali semula ke hotel untuk check-out dan bergegas ke pintu sempadan kerana keretapi ke Bangkok adalah pada jam 6:20 petang ini.
 
Tepat jam 12:00 tengah hari, saya pun check-out dan terus bergerak ke Friendship Bridge. Perjalanan saya ke Nong Khai adalah sejauh 179 km. Untuk ke sana, saya perlu melalui bandaraya Vientiane dan melintasi Friendship Bridge.
 
Perjalanan dari Vang Vieng ke Vientiane adalah melalui kawasan landai dan perkampungan.
Jam 3:00 petang, saya tiba di bandaraya Vientianne.
Saya tidak singgah lama di ibu kota negara Laos ini dan terus bergerak ke Friendship Bridge kira-kira 30 km dari sini. Jam 3:30 petang, saya selamat tiba di Friendship Bridge.
 
Saya pun bergegas ke kaunter imigresen. Sebelum itu, saya singgah di salah satu bank yang terdapat di kompleks imigresen ini untuk menukar saki-baki matawang Kip Laos kepada Baht Thailand.
 
Prosedur imigresen di sini adalah saya perlu memulangkan semula permit membawa kenderaan (borang hijau) yang saya perolehi semasa masuk melalui pintu Vang Tao tempoh hari. Selepas itu, saya ke kaunter imigresen untuk pemeriksaan passport. Mujur proses ini cepat. Saya pun kembali ke motor dan ride menuju jambatan persahabatan.
Jambatan ini merentasi Sungai Mekong yang menjadi sempadan antarabangsa bagi Laos dan Thailand.
10 minit kemudian, saya tiba di pintu sempadan Thailand iaitu Nong Khai.
 
Prosedur di sini adalah sama seperti di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Mula-mula saya perlu ke kaunter pemeriksaan passport. Selepas itu, saya perlu memohon permit mengimport motosikal saya dan memaklumkan kepada pegawai yang saya akan keluar melalui pintu Sadao. Bayaran yang dikenakan adalah 200 Baht.
 
Prosedur di sini juga cepat dan saya pun kembali ke Tuxedo dan ride menuju stesen keretapi Nong Khai.
Di bawah ini adalah klip video yang dirakam selepas saya meninggalkan Vang Vieng dan masuk semula negara Thai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam