Hari 3 & 4: Tiba di Bangkok dan Eksplorasi Bangkok

Hari 3: 22/3/2014
Saya masih lagi di dalam tren menuju ke Bangkok. Seawal jam 5:00 pagi saya sudah bangun dari tidur.  Penumpang-penumpang lain masih lagi nyenyak tidur.
 
Perkara pertama saya lakukan adalah membersihkan diri.

 
Bagi menghilangkan kebosanan, saya snap beberapa foto dari dalam dan ke luar tren.
 
Nampaknya saya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk ride walaupun keadaan kaki saya masih belum sembuh sepenuhnya.

Jam 12:30 tengah hari, barulah saya tiba di bandaraya Bangkok.
 
Perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari Tuxedo. Di stesen keretapi Bangkok, kaunter penghantaran barang terletak di sebelah kanan sekali iaitu bersebelahan platform 12. Ketika menunjukkan slip Luggage Ticket, pegawai memaklumkan bahawa tren tersebut belum tiba. Barulah saya sedar bahawa tren yang dinaiki Tuxedo adalah keretapi biasa dan bukannya keretapi ekspres.
Sementara menunggu, saya snap foto lagi. Saya dapati di sini mereka membersihkan gerabak keretapi secara manual.
Sambil itu, saya ke food court di dalam stesen ini yang ada menyediakan makanan halal.
Jam 2:00 petang, barulah keretapi tersebut tiba dan Tuxedo diturunkan.
 
Sebaik mendapatkannya, orang yang menurunkan motor saya meminta tips. Saya memberinya 50 Baht. Kemudian, saya menolak Tuxedo keluar dari stesen Hualamphong. Saya juga sempat bergambar kenangan di hadapan stesen Hualamphong.

Selepas itu, saya pun menunggang motor saya ke hotel yang telah ditempah iaitu di kawasan Silom.
 
Setelah berehat, saya pun keluar dari hotel dan bersiar-siar sekitar Bangkok dengan menaiki Tuxedo. Inilah kali pertama saya menunggang motor sendiri di Bangkok.
Saya mencari arah dengan bantuan aplikasi Google Maps. Tempat utama yang saya singgah adalah perkarangan Grand Palace. Ini adalah spot saya bergambar setiap kali ke sini.
 

Antara tempat lain yang saya lawati adalah Wat Arun.
 
Tujuannya adalah untuk melintas Sungai Chao Phraya kerana saya amat suka akan pemandangan di sini.

Sebelah malam, saya menunggang motor pula ke kawasan Patpong night market.


Hari 4: 23/3/2014
Mengikut tiket keretapi yang telah saya beli tempoh hari, perjalanan saya ke Ubon Ratchathani adalah pada pukul 8:00 malam. Jadi untuk kill the time, saya pun ke Chatuchak weekend market memandangkan hari ini adalah hari Ahad. Dengan berpandukan aplikasi Google Maps, saya cuba mencari arah untuk ke pasar minggu tersebut. Disebabkan motosikal tidak dibenarkan untuk menggunakan lebuh raya bertol di Bangkok, saya terpaksa memilih opsyen "Elakkan tol" dari aplikasi tersebut.
Dalam perjalanan ke situ, saya ternampak beberapa buah motosikal KSR. Saya parkir motor saya di plaza berdekatan Chatuchak.
Sebaik memasuki Chatuchak weekend market, saya mencari kedai makan halal yang terletak berdekatan menara jam (hor nalikaa)
 
Antara makanan yang saya order adalah nasi beriani ayam dan chaa yen (teh ais). Harganya adalah 150 Baht.
Hampir 2 jam lebih saya berada di pasar  mingguan ini. Kemudian sebelum balik ke hotel, saya mengisi minyak di stesen PTT (Pho Tho To) sebanyak 100 Baht.

Jam 5:00 petang, saya pun mengambil bagasi saya dari hotel dan bergerak ke stesen keretapi Hualamphong. Saya pun telah berjanji untuk berjumpa dengan seorang rakan KSR dari Thailand iaitu North.
 
Dia menunjukkan saya jalan ke tempat penghantaran barang. Dia juga membantu dalam pengurusan penghantaran Tuxedo ke Ubon Ratchathani.


Di sini, bayaran yang dikenakan adalah lebih kurang RM90. Seperti biasa, harga tali RM2 dan juga tips RM5.
Jam 6:00 petang, lagu kebangsaan Thailand berkumandang di stesen ini.



Saya sempat bergambar berdekatan sebuah keretapi wap lama yang masih berfungsi. Keretapi ini berada di stesen ini sempena sambutan ulang tahun perkhidmatan State Railway of Thailand yang kebetulan jatuh pada hari ini.
Jam 8:15 malam, saya pun menaiki tren iaitu di gerabak kelas 2 tempat duduk berkipas.
 
 
Saya rasa agak kekok juga pada awalnya untuk menyesuaikan diri gerabak ini. Terasa suasananya yang berbeza.
Tepat pukul 8:30 malam, tren pun bergerak ke Ubon Ratchathani.
Dalam perjalanan, tren berhenti di beberapa stesen antaranya Ayutthaya, Saraburi, Nakhon Ratchasima dan lain-lain. Saya juga mengambil kesempatan membaca buku dan menelaah peta Laos.
 

Setiap kali tren berhenti saya pasti terjaga dari tidur kerana pengumuman suara yang kuat dari stesen pasti kedengaran daripada tingkap tren yang terbuka. Saya pun melelapkan mata. Perjalanan malam ini adalah selama 12 jam untuk jarak lebih 600 km.


Di bawah ini adalah video klip semasa saya memasuki sempadan Thai hinggalah eksplorasi bandaraya Bangkok

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam