Hari 6: Kawasan Berbukit Menuju ke Phonsavan
Hari 6: 25/3/2014
Salah satu destinasi utama dalam Laoride ini adalah Plain of Jars. Untuk ke sana, saya perlu memandu ke utara iaitu ke Phonsavan. Di bawah ini adalah laluan saya pada hari ini. Perjalanan adalah sejauh 382 km.
Setelah bersiap dan mengemas barang, saya pun check-out dari hotel.
Saya juga turut berhenti untuk merehatkan diri setiap 100 km perjalanan.
Disebabkan ketiadaan talian telefon, saya merujuk peta manual untuk memastikan perjalanan adalah betul.
Setelah perjalanan agak jauh, saya singgah di salah sebuah kedai yang ada menjual petrol di dalam botol. Harga setiap botol adalah 10,000 Kip (RM4).
Salah satu destinasi utama dalam Laoride ini adalah Plain of Jars. Untuk ke sana, saya perlu memandu ke utara iaitu ke Phonsavan. Di bawah ini adalah laluan saya pada hari ini. Perjalanan adalah sejauh 382 km.
Berdasarkan rajah di atas, saya cuma ada opsyen "Pratonton"
sahaja. Tiada pun opsyen "Mulakan navigasi" seperti semasa saya menggunakan app
yang sama di Bangkok. Jadi untuk mengatasi masalah ketiadaan liputan semasa di
dalam perjalanan, saya terpaksa screen-shot setiap simpang seperti dalam
gambar-gambar berikut.
Sebelum meninggalkan Thakhek, saya ke kawasan riverfront
untuk melihat pemandangan Sungai Mekong.
Di seberang sungai tersebut adalah negara Thai iaitu bandar
Nakhon Phanom.
Selepas itu, saya pun meneruskan perjalanan ke utara menuju ke
Phonsavan.
Sebaik meninggalkan Thakhek, pemanduan saya melalui kawasan
perkampungan. Satu yang menarik perhatian adalah kenderaan yang menyerupai
traktor yang diubahsuai menjadi panjang. Kenderaan ini boleh dilihat banyak di
Laos dan ia digunakan untuk membawa penumpang, barangan dan juga hasil pertanian.
Saya juga dapati di Laos terdapat banyak sungai dan jambatan. Setiap kali
melintasi sungai, pasti ada kampung berdekatan.
Kemudian perjalanan saya melalui kawasan sawah padi yang sudah
dituai.
Kebanyakannya dalam keadaan kekeringan kerana sekarang adalah dry
season.
Di pertengahan jalan, saya mengisi minyak Tuxedo sebanyak 36,000
Kip (RM15).
Kemudian perjalanan saya mula melalui kawasan berbukit.
Saya
dapat melihat sekali lagi Sungai Mekong di kawasan ini.
Perjalanan ke utara juga melalui jalan yang bengkang-bengkok dan
agak sunyi.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan pelbagai bentuk jalan yang
saya lalui semasa ke Phonsavan.
Setelah perjalanan agak jauh, saya singgah di salah sebuah kedai yang ada menjual petrol di dalam botol. Harga setiap botol adalah 10,000 Kip (RM4).
Saya mengisi sebanyak 3 botol minyak petrol berkenaan.
Kemudian saya meneruskan perjalanan dan perjalanan kali ini
melalui kawasan berbukit-bukit.
Kawasan ini mulai sejuk tambah-tambah semasa tengah memandu.
Saya pun mempercepatkan perjalanan agar sampai tidak terlalu
lewat seperti semalam. Saya dapati di negara Laos, apabila hari mulai senja
banyak serangga menyerupai kelkatu berterbangan. Keadaan ini hanya berlaku dalam
tempoh 15 minit.
Hari mulai gelap dan perjalanan saya masih lagi jauh. Saya pun
menguatkan semangat untuk cepat tiba di Phonsavan dalam kedinginan malam.
Lega apabila saya selamat sampai di hotel yang telah ditempah
dan pemilik hotel berkenaan membenarkan saya parkir motor saya di ruang tamu
hotel tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan