Ligor yang Penuh Sejarah
Hari Ketiga: 31 Januari 2014
Awal-awal pagi lagi saya sudah bangun dan bersiap untuk melawat ke bandar Nakhon Si Thammarat.
Lokasi hotel saya dengan pekan Nakhon ada dalam 5 km. Kelihatan
banyak penduduk di sini mundar-mandir bagi memulakan hari.
Lokasi pertama saya adalah pasar pagi di pekan Nakhon. Tujuan
saya ke sini adalah untuk mencari sarapan.
Alhamdulillah, saya sebuah gerai muslim menjual nasi pulut dengan ayam goreng. Makcik dalam gambar di bawah ini (sebelah kiri) boleh berbahasa Melayu.
Memandangkan di pasar ini tidak ada orang menjual air minuman,
saya pun menunggang motor ke bandar untuk mencari restoran. Saya singgah di
salah sebuah restoran ini dan memesan air teh panas. Saya pun menikmati pulut
ayam goreng yang saya bungkus dari pasar tadi.
Selepas sarapan, saya pun bertanya kepada tuan kedai tentang
cara untuk ke city wall (kamphaeng muang dalam bahasa Thai). Apabila
dapat saya menunggang motor, dia menawarkan untuk menunjukkan lokasi ke situ.
Saya mengekori motornya. Baiknya orang di sini.
Saya pun tiba di city wall.
Menurut sejarah, nama asal Nakhon Si Thammarat adalah Ligor.
Kerajaan Ligor adalah antara kerajaan Siam di selatan Thai dan kerajaan ini
jugalah yang kerap menyerang kerajaan Kedah Tua dahulu. Kemudian kerajaan Ligor
dijajah oleh kerajaan Srivijaya yang kemudian menukar namanya kepada Negara Sri
Darmaraja (Negara=Nakhon, Sri = Si, Darmaraja = Thammarat).
Saya tertarik dengan senibina di sini yang tidak jauh bezanya daripada senibina
yang terdapat di Lopburi yang pernah saya lawat beberapa tahun dahulu.
Apa yang menarik perhatian saya adalah binaan berbentuk kubah
ini dan ini mengingatkan saya tentang Raja Narai di Lopburi.
Seperti kebanyakan tembok kuno, kamphaeng muang ini
dikelilingi oleh moat (parit).
Seterusnya saya menunggang motor ke Hor Phra Narai. Memandangkan
aplikasi Waze di Thailand ini tidak berapa update, saya menggunakan
kaedah manual berpandukan peta ini.
Tidak
seperti kuil Buddha yang lain, saya dapat di dalam Hor Phra Narai ini terdapat gambar-gambar dan
patung menyerupai sembahan agama Hindu.
Berhadapan dengan Hor Phra Narai, terletaknya Hor Phra Isuan dan
giant swing.
Di
dalamnya juga menyerupai Hor Phra Narai.
Kemudian saya pun kembali ke hotel kerana telah berjanji dengan
receptionist tersebut untuk dia menunjukkan jalan ke tempat-tempat
menarik sekitar Nakhon. Namanya adalah Bush. Dia menyuruh saya mengekori motornya.
Tidak lama selepas itu, saya pun tiba di Wat Mahathat Woramaha
Wihan. Wat ini terkenal dengan chedi yang hujung puncaknya dibuat daripada emas.
Saya dapati kebanyakan pengunjung di sini akan mengeliling chedi
ini sampai menyentuhnya. Menurut penerangan oleh Bush, mereka mempercayai dengan
mengelilingi chedi sebanyak 3 kali sampai menyentuhnya akan memberi kebaikan dan
kesihatan.
Selain itu terdapat chedi-chedi lain yang lebih kecil di dalam
Wat ini. Menurut Bush, di dalam chedi ini ditanam abu orang mati yang mempunyai
ranking (sak dalam bahasa Thai) tinggi dan juga imej patung Buddha
(Phra Puttharup dalam bahasa Thai)
Bergambar bersama Bush yang berbaik hati menunjukkan saya jalan
ke tempat menarik sekitar Nakhon Si Thammarat.
Selepas itu, Bush membawa saya ke Muzium Nakhon Si Thammarat.
Di hadapan pintu masuk muzium ini terdapatnya papan tanda harga
tiket. Dalam bahasa Inggeris, harganya adalah 150 Baht, dalam bahasa Thai
harganya cuma 30 Baht. Ini adalah kebiasaan di Thailand di mana mereka kerap
mengenakan harga tiket yang lebih mahal untuk pelancong asing. Saya pun bercakap
bahasa Thai semasa membeli tiket dan mendapat harga 30 Baht!
Di dalam Muzium ini banyak pameran tentang sejarah Nakhon Si
Thammarat.
Saya dapati cara hidup masyarakat di sini tidak jauh bezanya
dengan budaya Melayu.
Mereka juga mempunyai Menora.
Dalam perjalanan ke hotel, saya dapati banyak gerai di tepi
jalan menjual pakaian yang menyokong kempen Tutup Bangkok.
Selepas itu, saya pun kembali ke hotel untuk check-out.
Kemudian Bush pun membawa saya ke kawasan air terjun (namtok dalam bahasa
Thai). Saya pun mengekori motornya.
Dalam perjalanan ke situ, saya tiba di kampung (ban dalam
bahasa Thai) Khiriwong.
Kemudian Bush membawa saya ke kawasan air terjun yang lebih ke
dalam.
Saya dapati air terjun di kawasan ini sangat bersih dan terdapat
banyak ikan di dalamnya. Tidak hairanlah, Ban Khiriwong merupakan pintu masuk ke
Taman Negara Khao Luang.
Selepas puas mandi air terjun, saya pun meninggalkan Ban
Khiriwong dan bergambar kenangan di jambatan kampung ini.
Gunung-ganang dalam gambar di bawah adalah sebahagian daripada
Taman Negara Khao Luang. Di situlah terletaknya gunung tertinggi di selatan
Thailand. Pemandangan Ban Khiriwong ini akan kekal dalam ingatan saya.
Selepas itu, saya dan Bush kembali ke Nakhon Si Thammarat.
Dalam perjalanan, kami singgah di stesen PTT dan mengisi minyak.
Selepas makan tengah hari, saya mengucapkan terima kasih kepada
Bush atas kerelaannya menunjukkan tempat menarik sekitar Nakhon Si Thammarat.
Saya pun mengucapkan selamat tinggal dan meneruskan perjalanan seorang diri ke
Krabi.
Good info to visit Nakhon Si Thammarat
BalasPadamBro. PM. no. nak tanya2 tentang ride solo di Nakhon Si Thammarat.
BalasPadam017-2520148, whatsapp pun boleh. TQ.
Salam Kenalan dr Rakan Ride Terengganu.
SALAM SYAWAL.
BalasPadamSERONOK MEMBACA TEKS PENGALAMAN SAUDARA. TAHNIAH!
Tuan, ke bawah Segenting Kera adalah bumi Melayu yang dijajah oleh Siam. Thai buddha ni adalah pendatang di wilayah ini dan Melayu adalah peribumi.
BalasPadamligor dijajah oleh srivijaya? hehe. sebenarnya ligor tu kerajaan melayu sebelum siam menakluk mereka.
BalasPadamLigor ni juga dikenali sebagai Tambralingga atau Nagara Sri Dharmaraja. Ligor termasuk sebahagian dari wilayah Srivijaya. Apabila Srivijaya lemah, Ligor membebaskan diri dan mulai menguasai kerajaan Melayu di selatan termasuk Temasik. Dalam Sejarah Melayu dinyatakan Temagi adalah wakil kerajaan Siam. Padahal Siam belum ujud pada masa itu. Yang sebenarnya Temagi adalah wakil kerajaan Ligor atau Nagara Sri Dharmaraja. Sejarah kerajaan Melayu banyak yang perlu diperbetul fakta dan dinilai semula.
BalasPadamSegenting Kera itu bukan nama Melayu ke? Kebanyakan Wilayah dan tempat telah ditukar kepada nama Siam.
BalasPadamTambralinga adalah Kerajaan Melayu Buddha yang ditubuhkan oleh Chandrabhanu Sridhamaraja. Negara ini juga telah menjadi pusat pengajian agama Buddha. Ramai pelajar dari seluruh Asia adatang ke sini malah mereka dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu. Kehebatan Tambralinga ialah ia satu-satunya negara empayar di Asia Tenggara yang pernah menyerang Sri Lanka pada tahun 1258 & 1270 walaupun dapat dipatahkan. Juga dikatakan sebahagian Orang Melayu Buddha di sini terus memganut Buddha sehingga Siam menakluknya. Kini dengan beragama Buddha dan sudah tidak boleh berbahasa Melayu, Orang Melayu Buddha ini hilang setelah berasimilasi dengan penjajah Siam. Mungkin merekapun tidak lagi mahu mengaku Melayu...
BalasPadamYa betul ligor atau tambralingga adalah merupakan kerajaan melayu buddha yg terhebat di Asia Tenggara lebih daripada empayar sriwijaya....
BalasPadam