Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Malaysia

KSR Solo Ride Dari Ipoh ke Melaka

Imej
9/11/2013 Hari ini adalah hari jadi saya. Sempena hari jadi ini, saya akan menunggang KSR saya dari Ipoh ke Melaka. Jam 8:00 pagi selepas bersarapan, saya menunggang dari Ipoh ke Kelana Jaya. Bergambar di highway PLUS berdekatan Gua Tempurung Berehat di kawasan Bukit Beruntung Jam 11:30 pagi saya tiba di Kelana Jaya. Di sini saya melaksanakan tugas merakam majlis perkahwinan. Sebaik selesai wedding shooting tu, saya pun bergerak ke Putrajaya untuk lepaking. Selesai bergambar, saya pun menuju ke Cyberjaya untuk bermalam.   10/11/2013   Saya sudah pun berada di Cyberjaya setelah tiba di sini dari Ipoh malam tadi. Saya memulakan perjalanan ke Melaka seawal jam 8:00 pagi. Dari sini, saya melalui jalan biasa ke Sepang dengan berbantukan GPS. Di bawah ini adalah pelan yang saya lalui dari Cyberjaya ke Sepang.   Melewati bandar sepang, saya merentasi sempadan ke Negeri Sembilan.   Dari situ saya melalui jalan Banting-...

Mendaki Gunung Lambak

Imej
Hari ini hari cuti. Rasa bosan pula duduk di rumah. Jadi aku mengambil kesempatan untuk mendaki Gunung Lambak bersama seorang rakan. Tetapi memandangkan dia tidak membawa kasut, kami merancang untuk mendaki separuh jalan sahaja. Di kaki gunung Gambar di atas diambil di kaki gunung sebelum mendaki. Kelihatan beberapa peniaga mencari rezeki dengan menjual buah-buahan tempatan. Tertarik dengan papan tanda Aku meneruskan pendakian. Trek awal agak mudah kerana laluan bersimen. Terdapat juga kawasan perkelahan. Air terjun Disebabkan cuaca masih pagi, air terjun di sini amat sejuk sekali. Aku pun meneruskan pendakian. Trek bersimen Sepanjang pendakian, kami menyusur air terjun yang deras mengalir dari puncak gunung. Habis laluan bersimen, tibalah kawasan trek yang agak mencabar. Kami mulai mendaki kawasan bukit yang bercerun. Kelihatan pendaki-pendaki lain yang turut menuju puncak. Kira-kira setengah jam kemudian, kami tiba di kawasan rehat ini. Terdapat papan tanda yang men...

Kembali ke Malaysia

Imej
Dari Bangkok, saya pun memulakan perjalanan untuk balik ke Malaysia. Saya check-out dari hotel pada jam 12.00 tengah hari dan memulakan pemanduan ke selatan. Dalam perjalanan, saya mengisi minyak dahulu sebagai persiapan untuk perjalanan jauh. Saya mengisi sehinggah tangki penuh iaitu sebanyak 1800 Baht (RM180). Setelah memandu hampir 4 jam, saya pun singgah untuk makan tengah hari di restoran muslim ini. Nama restorannya "Khrua Muslim Sabilillah" Pemilik restoran ini begitu peramah sekali. Yang menarik adalah masakannya. Saya meminta nasi putih, kari daging, daging masak merah, kari ayam dan kentang (sebut man-farang dalam bahasa Thai) dan ulam-ulaman. Harganya pun berpatutan. Selepas itu, saya pun meneruskan pemanduan. Dalam perjalanan, saya singgah mengisi minyak lagi. Kali ini saya mengisi sebanyak 1000 Baht dan mendapat hampir 25 liter minyak gasohol. Perancangan awal, saya sepatutnya bermalam di Phattalung. Tetapi memandang jam sudah hampir ke tengah malam, saya s...

Bermalam di Kulim.

Imej
Malam ini, saya bermalam di Kulim kerana esok pagi-pagi pengantin akan make-up di pekan Lunas. Susah juga hendak mencari hotel di sini kerana kebanyakan hotel sudah penuh. Kebetulan masa hendak keluar dari bandar ini, saya ternampak papan tanda "Poon Soon Green Park Motel". Mula-mula rasa ralat juga hendak singgah kerana mungkin namanya kurang komersial. Tapi kalau tidak singgah, di mana pula saya hendak bermalam? Rupa-rupanya motel ini boleh tahan juga. Ia terdiri daripada beberapa buah rumah berkembar yang diubahsuai menjadi hotel. Dengan harga RM63.60 (siap ada sen), saya dapat menginap di sebuah bilik yang selesa. Siap boleh parkir kereta saya betul-betul di hadapan bilik. Ni adalah maklumat hotel ini: Tel: 044917785 Koordinat Garmin: N 05`21.212' E100`32.343' - Posted using BlogPress from my iPad

Majlis Perkahwinan di Bakai

Imej
Saya berada di Bakai yang terletak di negeri Kedah. Saya ke sini kerana menjalankan tugas shooting satu majlis perkahwinan. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke kawasan ini. Bakai terletak di kawasan yang berdekatan dengan Kuala Ketil. Gambar di atas adalah gambar yang diambil di Kampung Siputeh di Bakai. Gambar bukit di belakang itu adalah gambar Bukit Hijau. Bukit yang terkenal di negeri Kedah. Gambar di atas ini pula adalah gambar jalan menuju Bakai. ; Semasa saya dalam perjalanan ke sini dari Juru, saya ada melalui pekan Lunas. Sebuah pekan cowboy yang menarik. Di bawah ini adalah gambar pekan Lunas itu. Di bawah ini adalah peta laluan saya ke Bakai tengah hari tadi. Juru - Bakai Jarak: 70 km Jumlah jarak sudah dilalui: 662 km - Posted using BlogPress from my iPad Location: Bakai,Malaysia