Bermalam di Kulim.
Malam ini, saya bermalam di Kulim kerana esok pagi-pagi pengantin akan
make-up di pekan Lunas. Susah juga hendak mencari hotel di sini kerana
kebanyakan hotel sudah penuh. Kebetulan masa hendak keluar dari bandar ini, saya
ternampak papan tanda "Poon Soon Green Park Motel".
Mula-mula rasa ralat juga hendak singgah kerana mungkin namanya kurang
komersial. Tapi kalau tidak singgah, di mana pula saya hendak bermalam?
Rupa-rupanya motel ini boleh tahan juga. Ia terdiri daripada beberapa buah rumah
berkembar yang diubahsuai menjadi hotel. Dengan harga RM63.60 (siap ada sen),
saya dapat menginap di sebuah bilik yang selesa. Siap boleh parkir kereta saya
betul-betul di hadapan bilik.
Tel: 044917785
Koordinat Garmin: N 05`21.212' E100`32.343'
- Posted using BlogPress from my iPad
Ulasan
Catat Ulasan