Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Si Satchanalai

Wat Phra Si Rattana Mahathat

Imej
3.45 PM Saya tiba di Wat Phra Si Rattana Mahathat yang terletak di tebing sungai. Tiada pelancong semasa saya sampai. Malah saya dapat parkir kereta saya betul-betul di hadapan kuil. Saya terpegun melihat kompleks kuil yang besar ini. Sebaik masuk ke kompleks kuil ini, saya terserempak dengan pemuzik jalanan ini. Tiupan serulingnya memecah hening di petang ini. Memang besar kompleks wat ini. Berbanding dengan Wat Mahathat di Sukhothai, saya rasakan seni bina di sini lebih menarik. Prang berbentuk tongkol jagung yang besar ini  menunjukkan bahawa kuil itu telah dimulakan oleh Khmer, tetapi ia telah berkembang dan diubahsuai semasa zaman Sukhothai. Dinding di sekeliling kompleks ini saya dapati agak luar biasa. Ia dibuat daripada silinder batu besar yang diletakkan di atas tanah berdekatan satu sama lain. Di dewan penyembahan, terdapat satu patung Buddha yang besar dalam keadaan duduk. Saya tertarik melihat tangan patung ini y...

Memandu sekitar Si Satchanalai Historical Park

Imej
Seterusnya saya ke Wat Chedi Chet Theo yang terletak bersebelahan dengan Wat Chang Lom. Seperti di Sukhothai, terdapat papan tanda yang menunjukkan gambaran asal kuil ini. Saya dapati di sini terdapat banyak menara yang berlainan dengan kuil-kuil lain di Sukhothai. Saya tertarik dengan menara ini yang berbentuk teratai yang baru berputik. Di dasarnya terdapat patung Buddha yang batunya sudah mereput. Saya menjangkakan inilah bentuk asal kebanyakan patung Buddha semasa ia ditemui ketika ekskavasi kota bersejarah ini. Gambar di bawah ini adalah bahagian sisi kuil ini dengan tembok pagarnya. Berbanding Sukhothai, saya dapat batu-batu di sini masih dalam keadaan original dan tidak banyak yang disaluti stuko ( stucco ). Seterusnya saya memandu ke Wat Khao Phanom Phloeng yang terletak di atas bukit. Kuil ini hanya dapat dijangkau melalui tangga yang panjang melalui hutan ini. Bangunan kuil telah dilindungi oleh pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain. Saya dapati ...

Wat Chang Lom, Si Satchanalai

Imej
Sebaik melintasi Taomo City Gate, terdapat kaunter tiket untuk memasuki kompleks bersejarah Si Satchanalai. Harga tiket 100 Baht seorang dan memandangkan saya memandu kereta, saya dikenakan caj 50 Baht lagi. Penjaga kaunter itu agak terkejut apabila mendapati kereta saya adalah kereta asing. Lokasi pertama yang saya kunjungi di sini ialah Wat Chang Lom yang terletak di tengah kota bersejarah ini. Bangunan bersejarah yang paling penting di kuil ini adalah Chedi utamanya dalam gaya Sri Lanka. Seperti Wat Chang Lom di Sukhothai, asas kuil terdiri daripada ukiran gajah. Terdapat 39 gajah yang tegak berdiri mengelilingi kuil ini. Di bahagian bawah Chedi terdapat patung-patung Buddha. Gambar di bawah ini adalah pemandangan Wat Chang Lom dari jauh. Main Chedi, Wat Chang Lom, Si Satchanalai Historical Park, Sukhothai in Thailand