Wat Phra Si Rattana Mahathat
3.45 PM
Saya tiba di Wat Phra Si Rattana Mahathat yang terletak di tebing sungai. Tiada pelancong semasa saya sampai. Malah saya dapat parkir kereta saya betul-betul di hadapan kuil.
Saya terpegun melihat kompleks kuil yang besar ini.
Sebaik masuk ke kompleks kuil ini, saya terserempak dengan pemuzik jalanan ini. Tiupan serulingnya memecah hening di petang ini.
Memang besar kompleks wat ini. Berbanding dengan Wat Mahathat di Sukhothai, saya rasakan seni bina di sini lebih menarik.
Prang berbentuk tongkol jagung yang besar ini menunjukkan bahawa kuil itu telah dimulakan oleh Khmer, tetapi ia telah berkembang dan diubahsuai semasa zaman Sukhothai.
Dinding di sekeliling kompleks ini saya dapati agak luar biasa.
Ia dibuat daripada silinder batu besar yang diletakkan di atas tanah berdekatan satu sama lain.
Di dewan penyembahan, terdapat satu patung Buddha yang besar dalam keadaan duduk.
Saya tertarik melihat tangan patung ini yang dilekatkan kertas supaya ia kelihatan berkilat.
Di belakang dewan penyembahan, terdapat tangga curam yang membawa kepada ruang atas Prang berbentuk jagung itu.
Saya mendaki ke atas untuk meninjau apakah yang terdapat dalam ruangan terbuka di tengah Prang tersebut. Gambar di bawah di ambil dari bahagian luar ruang terbuka tersebut.
Rupanya di dalamnya terdapat Linga yang berbentuk putik teratai. Linga ini adalah sama yang pernah saya lihat semasa di Kemboja dahulu
Beginilah pemandangan dari atas ruang terbuka di tengah Prang.
Seterusnya saya meninjau ke bahagian belakang. Di sini terdapat satu patung Buddha besar dalam keadaan berdiri.
Bersebelahannya pula terdapat satu lagi dewan penyembahan yang dipanggil Phra Song Phi Nong, yang bermaksud "Sami Dua Adik Beradik". Saya rasa ia merujuk kepada dua patung Buddha yang duduk berhadapan ini. Patung-patung Buddha ini dinaungi oleh pohon yang besar yang menjadikannya agak fotogenik!
Dengan ini tamatlah lawatan saya ke Si Satchanalai Historical Park. Sebelum balik, saya meninjau sungai yang terletak bersebelahan kuil ini.
Yang pasti, bergambar kenangan bersama kereta saya di hadapan Wat Phra Si Rattana Mahathat.
Selepas ini saya memandu ke kota Bangkok yang terletak lebih 500 km dari
sini. Dalam perjalanan, saya singgah di stesen PTT untuk mengisi minyak. Pada ketika ini, hari sudah pun malam iaitu jam 9.00 malam. Saya belum tiba di Bangkok lagi. Saya mengisi minyak sebanyak 500 baht.
Lega kerana kedai kopi Amazon Cafe ini masih dibuka. Dapatlah saya mengisi perut yang sudah kosong ini.
Lepas itu, saya meneruskan perjalanan ke Bangkok dan tiba lebih kurang pukul 11.00 malam.
Saya tiba di Wat Phra Si Rattana Mahathat yang terletak di tebing sungai. Tiada pelancong semasa saya sampai. Malah saya dapat parkir kereta saya betul-betul di hadapan kuil.
Saya terpegun melihat kompleks kuil yang besar ini.
Sebaik masuk ke kompleks kuil ini, saya terserempak dengan pemuzik jalanan ini. Tiupan serulingnya memecah hening di petang ini.
Memang besar kompleks wat ini. Berbanding dengan Wat Mahathat di Sukhothai, saya rasakan seni bina di sini lebih menarik.
Prang berbentuk tongkol jagung yang besar ini menunjukkan bahawa kuil itu telah dimulakan oleh Khmer, tetapi ia telah berkembang dan diubahsuai semasa zaman Sukhothai.
Dinding di sekeliling kompleks ini saya dapati agak luar biasa.
Ia dibuat daripada silinder batu besar yang diletakkan di atas tanah berdekatan satu sama lain.
Di dewan penyembahan, terdapat satu patung Buddha yang besar dalam keadaan duduk.
Saya tertarik melihat tangan patung ini yang dilekatkan kertas supaya ia kelihatan berkilat.
Di belakang dewan penyembahan, terdapat tangga curam yang membawa kepada ruang atas Prang berbentuk jagung itu.
Saya mendaki ke atas untuk meninjau apakah yang terdapat dalam ruangan terbuka di tengah Prang tersebut. Gambar di bawah di ambil dari bahagian luar ruang terbuka tersebut.
Rupanya di dalamnya terdapat Linga yang berbentuk putik teratai. Linga ini adalah sama yang pernah saya lihat semasa di Kemboja dahulu
Beginilah pemandangan dari atas ruang terbuka di tengah Prang.
Seterusnya saya meninjau ke bahagian belakang. Di sini terdapat satu patung Buddha besar dalam keadaan berdiri.
Bersebelahannya pula terdapat satu lagi dewan penyembahan yang dipanggil Phra Song Phi Nong, yang bermaksud "Sami Dua Adik Beradik". Saya rasa ia merujuk kepada dua patung Buddha yang duduk berhadapan ini. Patung-patung Buddha ini dinaungi oleh pohon yang besar yang menjadikannya agak fotogenik!
Dengan ini tamatlah lawatan saya ke Si Satchanalai Historical Park. Sebelum balik, saya meninjau sungai yang terletak bersebelahan kuil ini.
Yang pasti, bergambar kenangan bersama kereta saya di hadapan Wat Phra Si Rattana Mahathat.
Lega kerana kedai kopi Amazon Cafe ini masih dibuka. Dapatlah saya mengisi perut yang sudah kosong ini.
Lepas itu, saya meneruskan perjalanan ke Bangkok dan tiba lebih kurang pukul 11.00 malam.
Ulasan
Catat Ulasan