Selamat tiba di Ayutthaya

Selepas makan tengah hari di Thap Sakae, saya meneruskan perjalanan ke Ayutthaya. Pemanduan kali ini melalui kawasan persisiran pantai yang berdekatan dengan Hua Hin dan Cha-am.





Dalam perjalanan seterusnya, saya melalui beberapa kampung. Di bawah ini adalah gambar sebuah rumah kampung yang terdapat sini. Di hadapan rumah tersebut, kelihatan rumah berhala dan ini adalah pemandangan biasa di sini.





Semasa di Cha-am, saya sempat singgah di Premium Outlet ini.




Pukul 9.30 malam, setelah menempuh perjalanan sejauh 958 km dari pagi dan memandu lebih 12 jam, saya selamat tiba di Ayutthaya. Saya check-in hotel Lima Place untuk bermalam.

Di bawah ini adalah gambar pemandangan Ayutthaya waktu malam.



Klip video di bawah ini memaparkan pemanduan saya sepanjang hari ini.

Peta di bawah ini menunjukkan laluan yang saya tempuh untuk sampai ke Ayutthaya.

Phattalung-Ayutthaya




Jarak: 958 km
Jarak sudah dilalui: 1906 km
Kini tibalah masa untuk tidur kerana esok pagi-pagi saya akan memandu ke Sukhothai.
- Posted using BlogPress from my iPad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam

Mengisi petrol di Thailand