Hari ini telah pun 7 hari saya berada di Thailand. Hari ini juga saya akan meninggalkan Bangkok dan menuju ke selatan. Insya-Allah, akan bermalam di Phattalung. Pemanduan sejauh 840 km. Doakan perjalanan selamat.
Hari Ketiga: 31 Januari 2014 Awal-awal pagi lagi saya sudah bangun dan bersiap untuk melawat ke bandar Nakhon Si Thammarat. Lokasi hotel saya dengan pekan Nakhon ada dalam 5 km. Kelihatan banyak penduduk di sini mundar-mandir bagi memulakan hari.
Mengisi minyak di Thailand menjadi satu hal. Bukan sahaja harganya yang berkali-kali ganda berbanding minyak di Malaysia, jenisnya juga pelbagai. Gambar di atas ini diambil di stesen minyak PTT (sebut Po Tho Tho) di Prachuap Khiri Khan. Di hadapan stesen akan tertera senarai harga minyak. Di setiap pam akan terdapat banyak jenis minyak yang boleh dipilih. Semua minyak dilabel dengan tulisan Thai. Berdasarkan gambar di bawah, dari kiri adalah minyak Gasohol E20, Bensin 91 dan Diesel. Akibat harga minyak Thailand kian melambung, minyak RON 95 dan 97 yang terdapat di Malaysia, semakin kurang dijual di negara ini. Semasa saya memandu kali ini, saya tidak menjumpai stesen minyak di kawasan selatan yang menjual RON 95 atau 97. Hampir kesemua minyak di sini adalah jenis Gasohol, iaitu petrol yang dicampur dengan alkohol. Oleh kerana kereta saya sudah kehabisan minyak, saya mencuba mengisinya dengan minyak Gasohol E20 (20% alkohol) dari stesen minyak PTT sebanyak 1000 bah...
Menunggang motosikal dari Sabah ke Sarawak memerlukan kita memasuki negara Brunei. Urusan imigresen dan kastam bagi membawa motosikal ke negara Brunei adalah sangat mudah dan segalanya digital. Dua sistem yang perlu diisi sebelum memasuki pintu sempadan Brunei: E-arrival card Brunei Entry and Exit System (EES) Untuk EES, terdapat dua mod perjalanan yang perlu kita pilih. Jika tujuan kita melalui Brunei adalah untuk ke Sabah/Sarawak, pilih Transit . Jika kita bercadang untuk bermalam di Brunei, pilih Entry and Exit . Bayaran EES untuk motosikal adalah percuma. Dari Sabah, saya menunggang motosikal menuju Sipitang dan kemudiannya tiba di Pintu Sempadan Sindumin-Merapok. Urusan imigresen di sini mudah dan cepat. Semua urusan adalah melalui tingkap kaunter imigresen yang mana di kaunter yang sama, pasport saya dicop keluar Sabah dan dicop masuk Sarawak. Seterusnya perjalanan diteruskan ke kompleks ICQS Mengkalap. Mengkalap adalah pintu keluar negeri Sarawak untuk masuk ke n...
Ulasan
Catat Ulasan