Persiapan Membawa Kereta Ke Thailand
Berikut ini adalah persiapan untuk membawa kereta masuk ke Thailand untuk
dikongsi bersama.
1) Passport Malaysia (sekurang-kurangnya masih hidup 6 bulan)
2) Arrival Card (boleh didapati di kedai membuat insurans Thai)
3) Insurans Thai (RM16 untuk 9 hari, boleh didapati di Changlun)
4) Geran kereta original (boleh diperolehi dari bank jika kereta masih di bawah pinjaman bank)
5) Garmin GPS (dimuatkan dengan Thai Street Map)
Sebaik sahaja masuk sempadan Thai (Dannok), kastam Thai tidak akan menahan kereta kita. Jadi kita perlu cari tempat parkir yang sesuai dan terus ke kaunter kastam untuk cop passport. Pastikan semua penumpang keluar dari kereta dan membawa passport masing-masing. Selepas itu, pemandu perlu pergi ke kaunter untuk mengikrar kereta.
Masa ini, kastam akan meminta geran original dan insurans Thai. Sekiranya anda bercadang untuk keluar dari Thailand menerusi pintu sempadan yang lain, anda perlu nyatakan padanya. Dia akan mencetak "Simplified Customs Declaration Form".
Dokumen ini perlu disimpan dan dipulangkan semasa keluar dari sempadan Thai.
Berikut ini adalah video semasa saya memasuki Thailand tempoh hari melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam-Sadao.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkalau selalu masuk Siam, elok beli 'white card/arrival card' kosong bebanyak buat spare. Saya biasanya beli kat Caltex rr Gurun dgn harga 50sen sekeping. Isi sendiri, tak kalut nak cari card & isi di border. Di border, biasanya mrk charge rm2 sekeping utk card & upah isi card
BalasPadamTahniah bro..syok baca catatan pengalaman saudara. Untung dpt mengembara pada usia muda. Mengenai prosedure masuk Thai dgn kereta, saya ingin menambah pada pembaca, elok beli xtra 3rd party insuran untuk cover kita in case berlaku xciden dgn kenderaan local/thai. Senang nak berurusan dgn polis sana & elak kereta kena tahan di balai. Biasanya saya beli kalau nak travel jauh di Thailand
BalasPadamGarmin Map beli ke download?
BalasPadam