Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel info

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam

Imej
Saya mula memasang angan-angan untuk ride ke Vietnam setelah melihat foto sahabat FB saya, saudara  Bard KR yang pernah membawa motosikal Kawasaki KSRnya ke sana suatu ketika dulu. Vietnam sememangnya membenarkan pelancong luar membawa masuk kenderaan sendiri ke dalam negara itu atas tujuan pelancongan tidak melebihi 30 hari. Kenderaan luar yang boleh dibawa masuk adalah kereta (dengan stereng sebelah kiri) dan juga motosikal.  Terdapat beberapa syarat untuk kenderaan luar memasuki Vietnam iaitu: Pemandu mestilah pemilik kenderaan tersebut.  Nombor plet kenderaan adalah dari negara asal. Mempunyai lesen memandu yang sah.  Mendapatkan permit pengesahan daripada agensi pelancongan Vietnam. Maklumat di atas dipetik dari sumber  http://www.immivietnamvisa.com . Namun untuk mendapatkan permit pengesahan tersebut, kosnya adalah tinggi iaitu dalam lingkungan $1,000 USD. Sebagai rider solo, saya tidak mampu untuk membayar kos tersebut. Jadi, impian un...

Ride & Chill 2017: Memilih Pintu Sempadan dan Laluan

Imej
Esok bermulalah perjalanan saya menuju Laos untuk kembali ke tanah air. Untuk ke sana, saya perlu merancang pintu sempadan mana yang 'selamat' untuk saya keluar Vietnam dan memasuki negara Laos. Dari lokasi saya iaitu Than Uyen, terdapat dua pintu sempadan berdekatan. Pintu sempadan tersebut adalah Tay Trang (berdekatan Dien Bien Phu) dan Na Meo masing-masing berjarak 235 km dan 385 km dari Than Uyen. Berikut adalah petikan dapatan dari Internet berkenaan kedua-dua pintu sempadan tersebut. The Northern-most border in between Muang Khua on the Lao side, and Dien Bien Phu in the Vietnamese side, we have been told that this border crossing is either not possible, or expensive, with a motorbike.  I crossed today from vietnam to Laos with our bikes. We crossed at the Na Meo border and, as below, all went smooth.  Dipetik dari  www.nomadasaurus.com Berdasarkan petikan tersebut dan beberapa sumber lain, saya memutuskan untuk keluar negara Vietnam melalui pintu sempad...

Peta Laluan Kembara Solo Rizal (KSR) 2 ke Laos

Imej
Peta di atas menunjukkan laluan semasa saya ride dari Ubon Ratchathani, Thailand hingga ke Luang Prabang dan balik melalui Nong Khai.

Perincincian Bajet untuk Laos Ride

Di bawah ini adalah senarai perbelanjaan saya dalam menjayakan Kembara Solo Rizal 2 (Laos). Perbelanjaan yang disenaraikan ini adalah dari sempadan Malaysia-Thai dan balik semula. Perkara Harga (RM) Insurans Thai (sebulan) 40 Tiket penumpang kelas 2 tempat tidur (Hatyai - Bangkok) 90 Tiket penumpang kelas 2 kipas (Bangkok - Ubon Ratchathani) 40 Tiket penumpang kelas 2 tempat tidur (Nong Khai - Bangkok) 70 Tiket penumpang kelas 2 tempat tidur (Bangkok - Hatyai) 85 Luggage ticket untuk motosikal (Hatyai - Bangkok) + tips 100 Petrol (Bangkok) 10 Luggage ticket untuk motosikal (Bangkok - Ubon) + tips 100 Petrol (Ubon) 4 Imigresen (Vang Tao, Laos) 5 Permit membawa motosikal (Vang Tao, Laos) 10 Insurans Laos (seminggu) 15 Parkir (Plan of Jars) 2 Bayaran masuk Plain of Jars 6 Bayaran masuk Kuang Si Waterfall 4 Parkir (Kuang Si Waterfall) ...

Menunggang Motosikal Ke Thailand

Imej
Hari Pertama: 29 Januari 2014 Hari ini saya memulakan pengembaraan solo saya ke Negara Thai dengan bermotosikal. Odometer awal saya menunjukkan KM 6856.

Tandas di negara Jepun

Imej
Satu perkara yang saya tertarik di Jepun adalah tandasnya. Tandasnya dilengkapi dengan alat eletronik untuk simbah ( flush ) dan cuci ( bidet ). Selain itu, pada musim sejuk, seat cover tandas ini juga boleh dipanaskan sebelum duduk.   Terdapat pelbagai jenis papan elektronik untuk tandas ini.         Di bawah ini adalah gambar cara menggunakan tandas tersebut.   Selain daripada tandas jenis duduk ( western style ). Terdapat juga tandas jenis cangkung ( japanese style ). Berbeza dengan tandas cangkung di Malaysia, tandas cangkung jenis Jepun ini memerlukan penggunanya duduk mencangkung menghadap flush . Ertinya membelakangkan pintu tandas. Gambar di bawah adalah cara menggunakan tandas jenis Jepun ini.  

Merentasi Sempadan China-Vietnam Dengan Kereta Api

Imej
Tengah sedap-sedap tidur dalam tren Nanning-Hanoi, pintu kabin saya diketuk beberapa kali. Rupanya pemeriksaan imigresen. Kami sudah pun sampai di Pingxiang (pintu keluar negara China). Jam menunjukkan pukul 10:30 malam. Kastam pergi dari kabin ke kabin sampai membuat pemeriksaan passport. Dia turut mengutip passport mengikut urutan kabin. Selepas semua passport dikutip, kastam mengarahkan penumpang turun dari kereta api untuk pemeriksaan bagasi. Maka, saya terpaksa membawa turun semua beg dan ia di scan. Semua penumpang dikumpulkan dalam satu ruang. Macam pendatang asing pula rasanya. Selesai pemeriksaan bagasi, mereka mengarahkan semua penumpang naik semula ke dalam kereta api. Semasa di dalam tren, passport saya dikembalikan. Ia telah pun dicop keluar negara China. Kemudian tren meneruskan perjalanan. Saya kembali melelapkan mata. Kira-kira 45 minit kemudian, pintu kabin saya kembali diketuk. Rupanya saya telah sampai di Dong Dang (pintu masuk negara Vietnam). Jam menunjukk...

Mengisi petrol di Thailand

Imej
Mengisi minyak di Thailand menjadi satu hal. Bukan sahaja harganya yang berkali-kali ganda berbanding minyak di Malaysia, jenisnya juga pelbagai. Gambar di atas ini diambil di stesen minyak PTT (sebut Po Tho Tho) di Prachuap Khiri Khan. Di hadapan stesen akan tertera senarai harga minyak. Di setiap pam akan terdapat banyak jenis minyak yang boleh dipilih. Semua minyak dilabel dengan tulisan Thai. Berdasarkan gambar di bawah, dari kiri adalah minyak Gasohol E20, Bensin 91 dan Diesel. Akibat harga minyak Thailand kian melambung, minyak RON 95 dan 97 yang terdapat di Malaysia, semakin kurang dijual di negara ini. Semasa saya memandu kali ini, saya tidak menjumpai stesen minyak di kawasan selatan yang menjual RON 95 atau 97. Hampir kesemua minyak di sini adalah jenis Gasohol, iaitu petrol yang dicampur dengan alkohol. Oleh kerana kereta saya sudah kehabisan minyak, saya mencuba mengisinya dengan minyak Gasohol E20 (20% alkohol) dari stesen minyak PTT sebanyak 1000 bah...

Persiapan Membawa Kereta Ke Thailand

Imej
Berikut ini adalah persiapan untuk membawa kereta masuk ke Thailand untuk dikongsi bersama. 1) Passport Malaysia (sekurang-kurangnya masih hidup 6 bulan) 2) Arrival Card (boleh didapati di kedai membuat insurans Thai) 3) Insurans Thai (RM16 untuk 9 hari, boleh didapati di Changlun) 4) Geran kereta original (boleh diperolehi dari bank jika kereta masih di bawah pinjaman bank) 5) Garmin GPS (dimuatkan dengan Thai Street Map) Sebaik sahaja masuk sempadan Thai (Dannok), kastam Thai tidak akan menahan kereta kita. Jadi kita perlu cari tempat parkir yang sesuai dan terus ke kaunter kastam untuk cop passport. Pastikan semua penumpang keluar dari kereta dan membawa passport masing-masing. Selepas itu, pemandu perlu pergi ke kaunter untuk mengikrar kereta. Masa ini, kastam akan meminta geran original dan insurans Thai. Sekiranya anda bercadang untuk keluar dari Thailand menerusi pintu sempadan yang lain, anda perlu nyatakan padanya. Dia akan mencetak " Simplified Cus...