Memandu dari Dannok dan bermalam

Dari Dannok, saya memandu ke Hat Yai. Tujuan ke Hat Yai adalah untuk mendapatkan data-plan untuk Ipad saya. Saya dapat data-plan dari DTAC dengan harga 499 baht untuk penggunaan tanpa had selama sebulan. Ok juga harganya. Data-plan tersebut saya dapat dari pasaraya Big C Extra Hat Yai.
Selepas makan malam di sebuah gerai muslim di tepi jalan di Hat Yai, saya meneruskan perjalanan ke utara. Dalam perjalanan, saya singgah di sebuah hotel di tepi lebuh raya iaitu hotel AB Boutique memandangkan hari sudah malam.
Dengan harga 320 baht, saya dapat sebuah bilik air-cond dengan parking betul-betul di bawah bilik.
Di bawah ini adalah peta laluan saya tadi.

Dannok-Phattalung



Jarak: 135 km
Jarak sudah dilalui: 948 km
- Posted using BlogPress from my iPad

Location:ถนนเพชรเกษม,Khao Chaison,Thailand

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam

Mengisi petrol di Thailand