Meninggalkan Jepun melalui Osaka
18/12/2013
Hari ini adalah hari terakhir saya di Tokyo. Awal-awal pagi saya sudah check-out hotel dan bergerak ke Stesen Kyoto.
Saya akan menaiki tren Haruka pada pukul 6:22 pagi ke Lapangan Terbang Kansai yang terletak di Osaka.
View Larger Map
Hari ini adalah hari terakhir saya di Tokyo. Awal-awal pagi saya sudah check-out hotel dan bergerak ke Stesen Kyoto.
Saya akan menaiki tren Haruka pada pukul 6:22 pagi ke Lapangan Terbang Kansai yang terletak di Osaka.
Berikut ini adalah tiket tren yang telah saya tempah pada hari
semalam di stesen Kyoto.
Tepat masanya, tren tersebut pun tiba di stesen.
Sejam lebih perjalanan, saya pun tiba di Lapangan Terbang
Kansai.
Lega kerana selesai urusan check-in bagasi dan memperolehi boarding
pass ini.
Kansai adalah lapangan terbang yang terletak di sebuah pulau di tengah laut.
Ia
dihubungkan ke tanah besar Jepun melalui jambatan ini.
Sementara menunggu penerbangan, saya bersarapan. Menjadi budaya masyarakat di
sini mengemas meja sendiri lepas makan.
Penerbangan saya dijangka berlepas jam 11:00 pagi.
Penerbangan saya ke Kuala Lumpur memakan masa 7 jam.
Selama 7 hari 6 malam, saya telah mengembara ke Tokyo (2 malam),
Nagano (1 malam), Kyoto (1 malam) serta tidur di lapangan terbang (1 malam) dan
tidur di dalam bas (1 malam).
View Larger Map
Saya amat tertarik dengan keramahan dan budi
bahasa masyarakat Jepun walaupun mereka kurang fasih berbahasa Inggeris. Saya
juga dapati masyarakat Jepun amat mematuhi peraturan dan saya berasa amat
selamat selama berada di negara matahari terbit ini. Segala pengalaman akan saya
kenang sampai bila-bila.
Ulasan
Catat Ulasan