Menunggang Motor Dari Krabi Balik Ke Malaysia


Jam 1:00 petang, saya pun check-out dari hotel. Di bawah ini adalah pelan yang akan saya lalui hari ini. Perjalanan sejauh 341 km.


View Larger Map


Sebelum meninggalkan bandar Krabi, saya singgah makan tengah hari di salah sebuah kedai makan di tepi jalan.
 

Kemudian saya pun memandu terus menuju ke pintu sempadan.
 
Memandangkan hari ini adalah perjalanan terjauh saya dalam ride kali ini, saya singgah lagi di Cafe Amazon untuk berehat.
 
Kemudian saya meneruskan perjalanan.
 
Jam 4:00 petang, saya masih ada 163 km lagi untuk ke pintu sempadan.
 
Saya singgah sekali lagi untuk mengisi penuh minyak Tuxedo.
   
Dalam perjalanan, di lebuh raya berhampiran Hat Yai terdapat satu lagi himpunan Shutdown Bangkok. Akan tetapi kali ini, lebuh raya tidak ditutup.
Hari sudah pun menjelang malam. Saya singgah berehat buat kali terakhir di Cafe Amazon ini.
   
Selepas itu, saya terus menunggang motor ke pintu sempadan. Ada lagi 30 km untuk sampai ke situ.
 
Sebelum meninggalkan Thailand, saya menukar kembali kad sim Thai saya kepada kad sim asal. Sudah 3 hari saya tidak bercakap bahasa Melayu melainkan di facebook dan whatsapp.
 
Pukul 8:20 malam, saya tiba di pintu sempadan.
 
Lega kerana malam ini, pintu sempadan agak lengang dan proses pemeriksaan imigresen juga agak cepat.
 
Sebaik memasuki sempadan, saya check-in di sebuah hotel di Changlun untuk bermalam dan berehat.
 
Hari Kelima: 2 Februari 2014
Selepas bangun dari tidur, saya pun mengemas barang dan bersiap untuk balik ke Ipoh.
 
Saya sempat singgah berjumpa rakan lama di Alor Setar dan dia membawa saya ke restoran ini untuk makan tengah hari.
   
Kemudian dalam perjalanan balik, saya singgah di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk berehat sambil itu menikmati cucur udang yang popular di sini.
Tamatlah Ligoride 2014 ini. Odometer akhir saya menunjukkan KM 8440.
 
Jadi selama 5 hari 4 malam ini, saya sudah menunggang motor sejauh 1,584 km. Di bawah ini adalah pelan laluan saya selama solo ride ini.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberi semangat dalam solo ride kali ini.
 

Di bawah ini adalah peta animasi solo ride saya kali ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam

Mengisi petrol di Thailand