Ride & Chill 2017: Ma Pi Leng Pass ride

Hari 10 (21 Disember 2017, Rabu)

Ride pada hari ini merupakan highlight utama dalam Ride & Chill 2017. Perjalanan sejauh 117 kilometer bermula dan berakhir di pekan Yen Minh melalui Ma Pi Leng Pass. Ma Pi Leng Pass ini merupakan antara laluan paling menarik di Vietnam.

Peta Laluan:


Saya terjaga lewat dari tidur pagi ini. Jam 10:00 pagi saya bersiap-siap dan mula keluar dari bilik hotel. Saya tidak membawa kesemua barangan saya kerana saya akan kembali bermalam di hotel yang sama malam ini nanti.

Di hadapan hotel sebelum bergerak

Memasang semula kad penutup lampu Tuxedo

Sebelum meninggalkan Yen Minh, saya singgah bersarapan pagi di sebuah kedai makan di pekan ini.

Kelihatan seorang lelaki (kanan) sedang memerhati Tuxedo, dan seorang lagi sedang menghisap Lao Drug
 


Selepas bersarapan, saya meneruskan perjalanan  Beberapa minit selepas meninggalkan pekan Yen Minh, jalan raya bercabang dua, dan saya meneruskan ride dengan laluan QL4C menuju Dong Van. Laluan mendaki ini membawa saya ke kawasan karst batu kapur.

 


Beberapa ekor babi di tepi jalan.

Beginilah cara saya mengambil gambar sendiri ketika solo ride.

 

Selepas beberapa kilometer melalui kawasan lembah batu kapur, jalan raya di hadapan saya mencanak dengan selekoh bengkang-bengkok seperti ular kena palu. Kawasan ini digelar nine turn pass.


Nine Turn Pass
Saya meneruskan perjalanan ke Dong Van dan kali ini melalui kawasan lembah dramatik dengan karst batu kapur yang hampir ketiadaan pokok.

 


 




Telah meninggalkan Ha Giang 106 kilometer di belakang

 



Setelah menunggang 45 kilometer, saya tiba di pekan Dong Van. Saya singgah minum kopi panas di sini.

 

Kemudian saya meneruskan perjalanan menuju Meo Vac. Sebaik meninggalkan pekan Dong Van, keterujaan mula melanda kerana laluan berikut ini merupakan Ma Pi Leng Pass. Beberapa kilometer dari Dong Van, laluan QL4C merupakan jalan yang melalui kawasan tanah tinggi dengan lembah Sungai Nho Que dengan bawah. Sepanjang 15 kilometer, jalan raya ini bersimpang-siur di tepi gunung-ganang dengan pemandangan yang menakjubkan. Saya beberapa kali menghentikan Tuxedo semata-mata untuk menikmati pemandangan dan mengambil gambar. 



Melihat lembah Sungai Nho Que di bawah

 


 


 



 



 



Saya kemudiannya meneruskan perjalanan menuju Meo Vac. Setibanya di Meo Vac, hari mulai gelap dan matahari mula terbenam. Saya menggunakan laluan DT182 untuk kembali semula ke Yen Minh



 

Meneruskan perjalanan balik ke Yen Minh pada waktu malam

 

Sebuah bengkel motosikal masih beroperasi pada waktu malam

Saya selamat tiba semula di Yen Minh dan sebelum tidur, saya singgah dahulu di sebuha kedai kopi untuk menikmat minuman dan kopi panas.




 





























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ligor yang Penuh Sejarah

Mengisi petrol di Thailand

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam