Hari 7 (18 Disember 2017, Ahad)
Hari ini saya akan ke ibu negara Vietnam iaitu bandaraya Hanoi. Jika semalam saya menggunakan AH15 dari Laos, hari ini saya berpeluang
ride pada Asian Highway 1 (
AH1) yang merupakan lebuh raya Asia yang paling panjang. AH1 ini menganjur dari Jepun hingga ke Istanbul dan ia melalui negara Vietnam di bahagian ini hingga ke bandaraya Ho Chi Minh.
|
Kedai roti di tepi AH1 |
|
Asian Highway 1 (AH1) |
Kebanyakan bahagian AH1 yang saya lalui adalah selari dengan landasan keretapi di kebanyakan kawasan.
Walaupun jalanraya ini berstatus lebuh raya, namun di kebanyakan kawasan, ia melalui bandar dan pekan. Oleh itu, saya tidak perlu risau tentang tempat berehat setelah menunggang lama. Antara lokasi rehat yang menjadi pilihan saya adalah kedai kopi kerana selain menikmati kopi Vietnam, saya dapat menggunakan wi-fi percuma yang disediakan. Untuk memudahkan pencarian kedai kopi seperti ini, di papan tanda kedai akan tertera perkataan
cà phê.
|
Kopi Vietnam biasanya dihidangkan bersama teh Cina |
Selepas berehat, saya meneruskan
ride ke Hanoi. Seperkara yang perlu diambil perhatian sebagai
rider motosikal di Vietnam ialah motosikal dilarang menggunakan lebuh raya
expressway atau dipanggil
Đường cao tốc atau singkatannya adalah
ĐCT atau
CT sahaja. Dengan menggunakan Google Maps, arah ke Hanoi dari Vinh secara
default adalah seperti dalam Gambar 1 di bawah:
|
Gambar 1 |
Jika dilihat pada Gambar 1, tertera di bawah, laluannya adalah QL1A dan ĐCT01. Laluan ĐCT01 itu adalah lebuh raya
expressway yang perlu saya elakkan. Antara papan tanda larangan menggunakan lebuh raya
expressway tersebut yang dirakam semasa perjalanan saya ke Hanoi adalah seperti dalam gambar di bawah.
Untuk memudahkan carian laluan, ketik tanda tiga titik bertindih pada app Google Maps dan paparan seperti dalam Gambar 2 ditunjukkan.
|
Gambar 2 |
Pilih 'Pilihan laluan' dan paparan seperti Gambar 3 akan ditunjukkan.
|
Gambar 3 |
Ketik pada kotak 'Elakkan lebuh raya' dan jangan ketik pada kotak 'Elakkan tol'. Ini kerana laluan utama di Vietnam (kod QL) juga mempunyai tol. Laluan QL ini boleh digunakan oleh motosikal. Selepas itu, ketik pada butang 'SELESAI' dan paparan seperti dalam Gambar 4 dipaparkan.
|
Gambar 4 |
Sekarang, laluan saya ke Hanoi hanya pada laluan
QL1A sahaja dan tidak lagi melalui ĐCT01. Gambar di bawah ini diambil semasa saya menggunakan laluan
QL1A menuju Hanoi. Di Vietnam, kod laluan juga tertera pada batu kilometer di tepi jalan seperti dalam gambar.
|
Laluan QL1A tertera pada batu kilometer |
Di belakang saya dalam gambar di atas kelihatan plaza tol yang ada di laluan QL. Namun untuk motosikal, tiada bayaran tol dikenakan.
|
Laluan QL1A tertera pada papan tanda |
Ulasan
Catat Ulasan