Menaiki Tren ke Nong Khai dan Balik Malaysia


Stesen keretapi Nong Khai terletak tidak jauh dari pintu sempadan. Jam 5:00 petang, saya pun selamat tiba di stesen keretapi ini.
Perkara pertama yang saya lakukan adalah mendaftarkan Tuxedo untuk masuk ke gerabak kargo. Bayaran yang dikenakan adalah 850 Baht. Di bawah ini adalah resit yang saya perolehi.


 
 
Jam 5:30 petang, motosikal saya dibawa ke gerabak kargo.

Saya pula bersiap-siap untuk menaiki tren. Perjalanan tren dari Nong Khai ke Bangkok memakan masa 13 jam. Saya berasa amat lega kerana sempat tiba di stesen ini.
 
Tepat pukul 6:20 petang, tren pun bergerak meninggalkan Nong Khai. Setelah tempat duduk diubah menjadi tempat tidur, sebelum melelapkan mata, saya menulis sedikit catatan perjalanan kali ini.

Hari 10: 27/3/2014
Jam 6:30 pagi, tempat tidur diubah semula menjadi tempat duduk.
 
Sambil menunggu ketibaan di Bangkok, saya sempat caj power bank saya di port yang disediakan di gerabak ini.
 
Jam 7:15 pagi, tren menghampiri Bangkok.
 
Jam 7:30 pagi, saya pun selamat tiba di stesen Hualamphong. Saya menunggu Tuxedo diturunkan dari gerabak kargo.
 
Tren saya ke Hat Yai pula akan bertolak jam 3:00 petang. Saya ada lebih kurang 7 jam di Bangkok. Perkara pertama saya lakukan adalah ke food court untuk sarapan pagi.
Untuk kill the time, saya bercadang untuk ke Siam Paragon bagi membeli seluar baru kerana seluar yang dipakai ini sudah koyak semasa terjatuh di dalam gua.
Di Siam Paragon, ada disediakan kawasan parkir khas untuk motosikal.
 
Semasa dalam perjalanan pulang ke Hualamphong, beberapa batang jalan telah ditutup kerana kempen Shutdown Bangkok. Mujur tiada perkara buruk berlaku semasa saya melalui kawasan ini.
 
Sebaik tiba di Hualamphong, saya mendaftarkan gerabak kargo untuk Tuxedo bagi perjalanan ke Hatyai. Bayaran yang dikenakan adalah 900 Baht. Jam 2:30 petang, motosikal saya dibawa ke gerabak.
 
Gambar di bawah ini menunjukkan tali yang perlu dibeli di stesen. Harga tali ini adalah 20 Baht.
 
Selepas itu, Tuxedo pun diangkat ke dalam gerabak kargo.

Jam 2:45 petang, saya pun bersiap-siap untuk menaiki tren ke Hat Yai.
 
 
Tepat jam 3:20 petang, tren pun meninggalkan Bangkok.
 
Perjalanan ke Hatyai memakan masa 18 jam. Sebaik sahaja tempat duduk diubah menjadi tempat tidur, saya pun terus melelapkan mata dan berehat.
 
Hari 11: 28/3/2014
Setelah bangun dari tidur, saya bersarapan kopi dan biskut yang telah saya beli di stesen Hualamphong semalam.  Tempat tidur pun diubah semula menjadi tempat duduk.
Jam 9:45 pagi, saya selamat tiba di stesen Hatyai. Sementara menunggu Tuxedo diturunkan, saya bersarapan nasi pulut bersama ayam goreng dan daging salai.
 
Pukul 10:30 pagi barulah Tuxedo diturunkan.
 
Saya juga sempat berjumpa dengan seorang sahabat saya yang kebetulan berada di Hatyai iaitu Bard KR. Banyak informasi mengenai solo ride yang dikongsi olehnya.
 
Selepas puas bersembang, saya pun meninggalkan Hatyai dan bergerak ke sempadan. Sebelum itu saya singgah di stesen minyak PTT untuk mengisi minyak Tuxedo dan berehat.
Kemudian saya pun meneruskan perjalanan ke Sadao. Semasa memulangkan kembali borang permit mengimport kenderaan, pegawai kastam di situ agak terkejut melihat borang itu adalah dari Nong Khai 2 hari lepas. Selepas menerangkan hal sebenar, barulah beliau faham.
Saya berasa lega dapat menamatkan Kembara Solo Rizal (KSR) 2 dengan jaya dan selamat. Saya juga berterima kasih kepada famili dan rakan-rakan yang banyak memberi kata-kata semangat sepanjang ride kali ini. Pengalaman di Laos akan tersemat di hati selama-lamanya.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam