Catatan popular daripada blog ini
Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam
Saya mula memasang angan-angan untuk ride ke Vietnam setelah melihat foto sahabat FB saya, saudara Bard KR yang pernah membawa motosikal Kawasaki KSRnya ke sana suatu ketika dulu. Vietnam sememangnya membenarkan pelancong luar membawa masuk kenderaan sendiri ke dalam negara itu atas tujuan pelancongan tidak melebihi 30 hari. Kenderaan luar yang boleh dibawa masuk adalah kereta (dengan stereng sebelah kiri) dan juga motosikal. Terdapat beberapa syarat untuk kenderaan luar memasuki Vietnam iaitu: Pemandu mestilah pemilik kenderaan tersebut. Nombor plet kenderaan adalah dari negara asal. Mempunyai lesen memandu yang sah. Mendapatkan permit pengesahan daripada agensi pelancongan Vietnam. Maklumat di atas dipetik dari sumber http://www.immivietnamvisa.com . Namun untuk mendapatkan permit pengesahan tersebut, kosnya adalah tinggi iaitu dalam lingkungan $1,000 USD. Sebagai rider solo, saya tidak mampu untuk membayar kos tersebut. Jadi, impian un...
Mengisi petrol di Thailand
Mengisi minyak di Thailand menjadi satu hal. Bukan sahaja harganya yang berkali-kali ganda berbanding minyak di Malaysia, jenisnya juga pelbagai. Gambar di atas ini diambil di stesen minyak PTT (sebut Po Tho Tho) di Prachuap Khiri Khan. Di hadapan stesen akan tertera senarai harga minyak. Di setiap pam akan terdapat banyak jenis minyak yang boleh dipilih. Semua minyak dilabel dengan tulisan Thai. Berdasarkan gambar di bawah, dari kiri adalah minyak Gasohol E20, Bensin 91 dan Diesel. Akibat harga minyak Thailand kian melambung, minyak RON 95 dan 97 yang terdapat di Malaysia, semakin kurang dijual di negara ini. Semasa saya memandu kali ini, saya tidak menjumpai stesen minyak di kawasan selatan yang menjual RON 95 atau 97. Hampir kesemua minyak di sini adalah jenis Gasohol, iaitu petrol yang dicampur dengan alkohol. Oleh kerana kereta saya sudah kehabisan minyak, saya mencuba mengisinya dengan minyak Gasohol E20 (20% alkohol) dari stesen minyak PTT sebanyak 1000 bah...
Ulasan
Catat Ulasan