Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 18, 2012

Kembali ke Malaysia

Imej
Dari Bangkok, saya pun memulakan perjalanan untuk balik ke Malaysia. Saya check-out dari hotel pada jam 12.00 tengah hari dan memulakan pemanduan ke selatan. Dalam perjalanan, saya mengisi minyak dahulu sebagai persiapan untuk perjalanan jauh. Saya mengisi sehinggah tangki penuh iaitu sebanyak 1800 Baht (RM180). Setelah memandu hampir 4 jam, saya pun singgah untuk makan tengah hari di restoran muslim ini. Nama restorannya "Khrua Muslim Sabilillah" Pemilik restoran ini begitu peramah sekali. Yang menarik adalah masakannya. Saya meminta nasi putih, kari daging, daging masak merah, kari ayam dan kentang (sebut man-farang dalam bahasa Thai) dan ulam-ulaman. Harganya pun berpatutan. Selepas itu, saya pun meneruskan pemanduan. Dalam perjalanan, saya singgah mengisi minyak lagi. Kali ini saya mengisi sebanyak 1000 Baht dan mendapat hampir 25 liter minyak gasohol. Perancangan awal, saya sepatutnya bermalam di Phattalung. Tetapi memandang jam sudah hampir ke tengah malam, saya s

Pelan Hari 8: Phattalung - Kluang

View Larger Map Tibalah hari terakhir perjalanan Road to Sukhothai. Hari ini saya akan memandu balik ke Malaysia dan terus ke Kluang, Johor. Pemanduan hari ini adalah sejauh 896 km. Doakan semoga saya selamat sampai dan kembali ke tanah air.