Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 23, 2012

Tamatnya Perjalanan China-Vietnam 2012

Tamatlah perjalanan selama 6 hari melalui 5 bandar utama dengan merentasi 2 negara. Dalam trip kali ini, saya telah menaiki 8 perjalanan dengan bas tambang. No Stesen Asal Destinasi Tambang 1 Yinhu Dapeng 20 Yuan 2 Dapeng Fortress Dapeng 2 Yuan 3 Dapeng Yinhu 20 Yuan 4 Yinhu Shenzhen Railway Station 2 Yuan 5 Guilin Yangi Lukou 20 Yuan 6 Yangdi Lukuo Yangdi Pier 3 Yuan 7 Xing Ping Yang Shou 10 Yuan 8 Yang Shou Guilin 18 Yuan Saya juga telah berada di dalam 4 perjalanan kereta api yang keseluruhannya memakan masa 48 jam sejauh 2648 km. Berikut ini adalah ringkasan perjalanan kereta api saya kali ini. No Stesen Asal Destinasi Masa Bertolak Masa Sampai Jumlah Jam Jarak 1 Shenzhen Guilin 05:46 PM 09:30 AM 14 1030 km 2 Guilin Nanning 09.17 AM 05.30 PM 08 431 km 3 Na

Melawat Marble Mountains dan Balik Malaysia

Imej
Selepas melawat Hoi An, pemandu membawa saya ke Marble Mountains yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari pekan lama tersebut. Terdapat lif untuk naik ke atas bukit dengan bayaran 15,000 Dong (RM 2.50) Dari bahagian atas bukit kelihatan jelas pantai Danang. Pantai Danang Pekan yang banyak perusahaan ukiran batu marmar Di puncak bukit ini juga terdapat satu pagoda yang besar. Juga terdapat beberapa gua. Saya cuma meluangkan masa 15 minit di sini kerana perlu bergegas ke lapangan terbang kerana penerbangan pulang adalah pada jam 4:00 petang. Bergambar bersama pemandu Pemandu pun membawa saya ke lapangan terbang antarabangsa Danang. Pukul 2:10 petang saya tiba di lapangan terbang. Tepat jam 4:00 petang, kapal terbang meninggalkan Danang. Semasa kapal terbang meninggalkan Danang saya dapat melihat dengan jelas sisa-sisa tinggalan perang Amerika dahulu. Pemandangan Danang dari udara Posted with Blogsy

Hari 6: Old Town of Hoi An

Imej
24 Disember 2012 Hari ini adalah hari terakhir trip saya ke China dan Vietnam. Seawal jam 8:00 pagi saya sudah bersarapan. Kopi Vietnam yang dihidangkan bersama teh Selesai sarapan, saya menanyakan kaunter reception hotel mengenai tempahan kenderaan ke pekan purba Hoi An, Marble Mountain dan terus ke lapangan terbang. Dia bersetuju dengan caj 700,000 Dong. Kemudian saya pun kembali ke bilik dan terus mengemas barang dan check-out hotel. Jam 9:00 pagi pemandu membawa kami ke Hoi An Dalam kenderaan ke Hoi An Pantai Danang yang bergelora 40 minit perjalanan, saya pun tiba di Hoi An. Pemandu menunggu di kereta sementara kami melawat pekan lama ini. Sebelum memasuki pekan lama, saya singgah di gerai menjual tanglung. Harganya murah-murah belaka dan boleh ditawar lagi. Kemudian saya pun berjalan kaki menuju ke pekan lama. Bergambar berlatar belakangkan pekan lama dan jambatan Jepun Logo Hoi An menggunakan simbol Japanese Bridge yang terdapat di sini Kemasukan