Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 16, 2012

Hari 4: Bertolak ke Nanning dan Berlepas ke Hanoi

Imej
22 Disember 2012 Jam 6:00 pagi, saya pun check-out dari hotel. Dalam kedinginan subuh, saya berjalan kaki ke stesen bas Yang Shou yang terletak kira-kira 1km dari hotel. Kaunter bas masih ditutup. Mengikut jadual, bas pertama ke Guilin adalah pada pukul 6:45 pagi. Kira-kira pukul 6:30 pagi, baru kaunter tiket bas dibuka. Saya pun membeli tiket bas ke Guilin. Tambangnya 20 Yuan. Jam 6:45 pagi, bas pun meninggalkan Yang Shou. Bas meninggalkan Yang Shou Dalam perjalanan, bas melalui kawasan kampung, lebuh raya dan beberapa universiti. Plaza tol Apa yang saya dapati, jalan raya di Guilin agak berlumpur dan kebanyakan kenderaan dalam keadaan kotor. Jam 8:00 pagi, saya tiba stesen bas Guilin. Seperti biasa, saya didatangi beberapa touts yang menawarkan kenderaan ke Yang Shou. Hehe. Saya sendiri pun dari Yang Shou. Agak susah juga nak memberitahu mereka yang saya dari Yang Shou!! Dari stesen bas ke stesen kereta api   Mahu tidak mahu, saya mengabaikan mereka dan terus

Bermalam di Yang Shou yang dingin

Imej
21 Disember 2012 Jam 3:15 petang saya tiba di pekan Yang Shou. Sebaik turun dari bas, saya didatangi seorang wanita yang menawarkan hotelnya dengan harga 100 Yuan. Dia turut menunjukkan peta dan gambar hotelnya. Saya pun bersetuju dan mengikutnya. Memanaskan tangan dengan heater sebelum check-in hotel Saya rasa hotel ini berpatutan dengan harganya. Lengkap dengan TV dan katil yang terdapat heater. Rekabetuk dalamannya juga menarik yang berciri Cina tradisional. Katil dilengkapi heater Selepas check-in dan berehat sebentar, saya keluar ke pekan Yang Shou untuk mencari makanan kerana sedari tadi lagi belum makan tengah hari. Di tengah pekan Yang Shou Mencari restoran halal Menarik rekabentuk bangunan ini Alhamdulillah, berjumpa juga dengan restoran halal ini. Menu di dinding yang menjadi panduan memilih makanan serta tong sampah yang disediakan Pembuat roti Selepas makan, saya bersiar-siar sekitar pekan Yang Shou. Jam 6:00 petang, hari mulai gelap. Pada mus