Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 16, 2014

Hari 1 & 2: Bergerak dari Ipoh ke Hat Yai

Imej
Hari Pertama (20/3/2014) Hari ini saya akan memulakan perjalanan kembara solo saya ke Laos dengan bermotosikal. Sebelum memulakan perjalanan, saya servis dahulu motorsikal saya, Tuxedo. Risau juga kerana dari tengah hari, hujan turun membasahi Ipoh. Selepas selesai servis motor, saya pun bergerak untuk memulakan perjalanan. Sebelum ini saya mencatat dahulu bacaan awal odometer Tuxedo.   Dalam perjalanan, saya kurang bernasib baik kerana tergelincir di salah satu selekoh semasa membuat pusingan-U. Akibatnya saya mengalami luka di bahagian tangan dan juga kaki.