Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 10, 2017

Ride & Chill 2017: Sungai dan Bukit Batu Kapur

Imej
Destinasi saya pada hari pertama di Laos adalah ke Na Hin. Dari pintu sempadan Thanaleng, saya masih berada pada AH12 tetapi bahagian jajaran ini adalah di dalam negara Laos. Dari AH12, laluan seterusnya adalah menyusuri Sungai Mekong melalui  Route 13 . Laluan ini berturap dengan baik dan beberapa lokasi jalan ini berhampiran dengan Sungai Mekong yang diseberangnya adalah negara Thai. Selain itu terdapat beberapa gerai menjual hasil tangkapan dari Sungai Mekong yang antara yang menarik perhatian saya adalah belut ini yang dijual 10,000 Kip setiap satu ikat. Selepas lebih kurang 180 km menyusuri jalan di tebing Sungai Mekong, saya tiba di pekan kecil Pak Kading. Pekan ini terletak di kawasan pertembungan Sungai Nam Kading dengan Sungai Mekong. Sungguhpun pekan ini kecil, namun ia pemandangannya menarik perhatian saya. Pak Kading Sebaik sahaja melewat pekan kecil ini, pemandangan berubah dari tebing sungai ke kawasan batu kapur

Ride & Chill 2017: Nam Phao/Cau Treo Border

Imej
Jam 3:00 petang, saya tiba di Nam Phao International Border Checkpoint. Setelah memakir Tuxedo, saya pun menuju ke bangunan imigresen untuk cop pasport dan selepas itu memulangkan semula borang kastam (berwarna hijau) yang diperolehi di pintu sempadan masuk Thanaleng. Urusan di sini adalah mudah tanpa banyak soal selidik. Selepas itu, saya mendapatkan semula Tuxedo dan bersedia untuk ride ke pintu sempadan Cau Treo, Vietnam dengan penuh debaran. Hati saya lebih berdebar di sini berbanding di Jambatan Persahabatan I dua hari lepas. Saya hanya berserah sama ada Tuxedo lepas masuk ke Vietnam atau tidak. Dari pintu Nam Phao ke pintu Cau Treo, jaraknya lebih kurang 700 meter. Setiba di pintu Cau Treo, polis sempadan memeriksa pasport dan mendapati saya rakyat Malaysia. Apabila memeriksa nombor plet Tuxedo, beliau menyangka motosikal saya adalah motosikal Laos. Selepas mengetahui saya membawa motosikal kepunyaan sendiri, beliau memberi laluan masuk. Lega sangat rasanya.

Ride & Chill 2017: AH, Jambatan Persahabatan

Imej
Roda Tuxedo terus bergolek dan bergolek menuju ke Nong Khai menggunakan Route 2 yang merupakan sebahagian daripada Asian Highway 12 ( AH12 ). AH12 ini merupakan lebuh raya yang menganjur dari Laos ke Thailand melalui Jambatan Persahabatan I atau Friendship Bridge I . Jambatan yang menjadi perbualan hangat di media sosial beberapa bulan lepas apabila terdapat  rider  yang dihalang memasuki Laos melalui pintu sempadan ini. Mengikut Pelan A saya, sememangnya saya pun mahu mengelak menggunakan jambatan ini. Pada asalnya saya berniat untuk menggunakan pintu sempadan Bueng Kan-Paksan. Difahamkan feri di situ hanya beroperasi pada hari biasa (Isnin-Jumaat). Disebabkan itu, saya terpaksa meneruskan dengan Pelan B saya iaitu mencuba nasib di Jambatan Persahabatan I. Dalam 50 km dari Udon Thani, saya pun tiba di Nong Khai. Urusan di pintu keluar Thailand ini berjalan lancar dan mudah. Setelah pasport saya dicop, saya pun memulangkan borang kastam. Tidak lama selepas it

Ride & Chill 2017: Menuju sempadan Thai-Laos

Imej
Jam 3:00 petang saya mendapat panggilan daripada Pusat Servis Kawasaki Rama 4 menyatakan bahawa Tuxedo sudah hampir siap dan boleh diambil petang ini. Saya pun terus mendapatkan GrabBike dan menuju ke pusat servis berkenaan. Syukur Tuxedo telah pulih seperti sedia kala. Setelah mendapatkannya saya pun terus ke stesen Hualamphong. Semasa mendaftarkan Tuxedo untuk memasuki gerabak kargo, saya dimaklumkan bahawa Tuxedo akan dimasukkan dalam tren berlainan daripada tren saya naiki. Ini kerana tren yang saya naiki iaitu Train Express No. 77 tiada gerabak kargo. Ia akan menaiki Train Rapid No. 133 Inilah koc kelas 3 dalam Train Express No. 77 yang bertolak dari Bangkok jam 6:35 petang. Koc ini tidak berhawa dingin serta tempat duduknya tidak berkusyen. Tambang ke Nong Khai adalah 245 Baht. Masa ini Tuxedo masih di Bangkok dan hanya akan berlepas dari sana jam 8:45 malam. Suasana agak berlainan dalam koc kelas ketiga ini. Sungguh pun begitu, saya rasa begit

Ride & Chill 2017: Tuxedo Meragam

Imej
Hari 2 (13 Disember 2017, Rabu) Jam 12:00 tengah hari, saya pun check-out hotel dan bersiap ke Stesen Keretapi Hatyai. Tren saya ke Bangkok hari ini adalah tren no. 170 yang dijangka bertolak jam 2:45 petang. Sebaik saya memulakan perjalanan, tiba-tiba yang merasakan ada sesuatu yang tak kena pada gear Tuxedo. Peralihan gear agak sukar menyebabkan pergerakan motor agak tersangkut-sangkut. Tanpa mengelahkan masa, saya terus ke bengkel motosikal Kawasaki di bandar ini. Jam menunjukkan pukul 1.00 petang. Saya merasa resah kerana perlu menaiki keretapi sebentar lagi. Bagi menenangkan hati, saya membuat andaian mungkin keretapi akan bertolak lewat seperti sebelum ini. Selepas hampir 1 jam pemeriksaan dilakukan, mekanik memaklumkan terdapat kerosakan pada spring gear Tuxedo. Malang sekali, alat gantian berkenaan tiada di tempat mereka dan perlu membuat pesanan dari Bangkok. Saya pun meminta mereka alamat Kawasaki di Bangkok dengan harapan dapat membawa Tuxedo apabila tiba di Bangkok.