Ride & Chill 2017: Sungai dan Bukit Batu Kapur

Destinasi saya pada hari pertama di Laos adalah ke Na Hin. Dari pintu sempadan Thanaleng, saya masih berada pada AH12 tetapi bahagian jajaran ini adalah di dalam negara Laos.




Dari AH12, laluan seterusnya adalah menyusuri Sungai Mekong melalui Route 13.



Laluan ini berturap dengan baik dan beberapa lokasi jalan ini berhampiran dengan Sungai Mekong yang diseberangnya adalah negara Thai.





Selain itu terdapat beberapa gerai menjual hasil tangkapan dari Sungai Mekong yang antara yang menarik perhatian saya adalah belut ini yang dijual 10,000 Kip setiap satu ikat.




Selepas lebih kurang 180 km menyusuri jalan di tebing Sungai Mekong, saya tiba di pekan kecil Pak Kading. Pekan ini terletak di kawasan pertembungan Sungai Nam Kading dengan Sungai Mekong. Sungguhpun pekan ini kecil, namun ia pemandangannya menarik perhatian saya.

Pak Kading
Sebaik sahaja melewat pekan kecil ini, pemandangan berubah dari tebing sungai ke kawasan batu kapur yang berbukit-bukau. Jalan raya yang mendatar sejak memasuki sempadan tadi, kini mula menjadi laluan yang sedikit mendaki.





Tidak jauh dari pekan Pak Kading, tiba di persimpangan untuk ke Na Hin. Kini perjalanan saya menggunakan Route 8 melalui kawasan perkampungan yang dikelilingi bukit batu kapur. Uniknya bukit batu kapur ini berwarna kegelapan dan menjelang senja, lapisan bukit kapur tersebut membuat rona warna yang pelbagai.






Semakin ke pedalaman, persekitaran menjadi semakin dingin. Hingga senja melabuhkan tirainya, Tuxedo meneruskan perjalanan ke Na Hin.




Saya cuba menyesuaikan diri ride dalam keadaan yang semakin mendingin. Jam 6:30 petang, saya tiba di Na Hin dan terus check-in hotel penginapan di situ iaitu di Xaychalern Guesthouse. Suhu pada ketika ini adalah 14°C.



Laluan dalam catatan ini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam