Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 22, 2013

Tandas di negara Jepun

Imej
Satu perkara yang saya tertarik di Jepun adalah tandasnya. Tandasnya dilengkapi dengan alat eletronik untuk simbah ( flush ) dan cuci ( bidet ). Selain itu, pada musim sejuk, seat cover tandas ini juga boleh dipanaskan sebelum duduk.   Terdapat pelbagai jenis papan elektronik untuk tandas ini.         Di bawah ini adalah gambar cara menggunakan tandas tersebut.   Selain daripada tandas jenis duduk ( western style ). Terdapat juga tandas jenis cangkung ( japanese style ). Berbeza dengan tandas cangkung di Malaysia, tandas cangkung jenis Jepun ini memerlukan penggunanya duduk mencangkung menghadap flush . Ertinya membelakangkan pintu tandas. Gambar di bawah adalah cara menggunakan tandas jenis Jepun ini.