Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 4, 2012

Bermalam di Kulim.

Imej
Malam ini, saya bermalam di Kulim kerana esok pagi-pagi pengantin akan make-up di pekan Lunas. Susah juga hendak mencari hotel di sini kerana kebanyakan hotel sudah penuh. Kebetulan masa hendak keluar dari bandar ini, saya ternampak papan tanda "Poon Soon Green Park Motel". Mula-mula rasa ralat juga hendak singgah kerana mungkin namanya kurang komersial. Tapi kalau tidak singgah, di mana pula saya hendak bermalam? Rupa-rupanya motel ini boleh tahan juga. Ia terdiri daripada beberapa buah rumah berkembar yang diubahsuai menjadi hotel. Dengan harga RM63.60 (siap ada sen), saya dapat menginap di sebuah bilik yang selesa. Siap boleh parkir kereta saya betul-betul di hadapan bilik. Ni adalah maklumat hotel ini: Tel: 044917785 Koordinat Garmin: N 05`21.212' E100`32.343' - Posted using BlogPress from my iPad

Majlis Perkahwinan di Bakai

Imej
Saya berada di Bakai yang terletak di negeri Kedah. Saya ke sini kerana menjalankan tugas shooting satu majlis perkahwinan. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke kawasan ini. Bakai terletak di kawasan yang berdekatan dengan Kuala Ketil. Gambar di atas adalah gambar yang diambil di Kampung Siputeh di Bakai. Gambar bukit di belakang itu adalah gambar Bukit Hijau. Bukit yang terkenal di negeri Kedah. Gambar di atas ini pula adalah gambar jalan menuju Bakai. ; Semasa saya dalam perjalanan ke sini dari Juru, saya ada melalui pekan Lunas. Sebuah pekan cowboy yang menarik. Di bawah ini adalah gambar pekan Lunas itu. Di bawah ini adalah peta laluan saya ke Bakai tengah hari tadi. Juru - Bakai Jarak: 70 km Jumlah jarak sudah dilalui: 662 km - Posted using BlogPress from my iPad Location: Bakai,Malaysia

Servis kereta di Juru, Pulau Pinang

Imej
Saya selamat tiba di Proton Edar, Juru, Pulau Pinang. Saya bercadang untuk menservis kereta saya terlebih dahulu. Pusat servis ini begitu selesa sekali dan penyambut tetamu dia peramah sangat. Tidak seperti Proton Edar Service Center of Excellence di Subang itu. Di bawah ini adalah perjalanan yang dilalui pagi tadi. Sepanjang perjalanan, kereta banyak dan R&R juga penuh. Mungkin sebab cuti sekolah yang sudah bermula. KL-Juru, Penang EveryTrail - Find the best hikes in California and beyond Jarak: 332 km Jumlah jarak sudah dilalui: 592 km Selepas ini saya akan ke Kuala Ketil, Kedah untuk satu nikah shooting . - Posted using BlogPress from my iPad Location: Autocity, Juru, Penang

Tiba di Kuala Lumpur

Imej
Saya selamat tiba di Kuala Lumpur malam tadi. Sampai saja di KL, saya terus bermalam kerana badan agak keletihan. Di bawah ini adalah peta laluan saya semalam. Kluang-KL Hari ini pula saya akan mula bergerak ke utara. Sebelum bergerak, saya mengisi tangki minyak kereta sebanyak RM80. Jarak: 260 km - Posted using BlogPress from my iPad Location: Kuala Lumpur,Malaysia

Jadual Perjalanan Road to Sukhothai (Itinerary)

Memandu Kereta Dari Malaysia ke Sukhothai

View Larger Map 11 Mac 2012 , saya akan memandu kereta dari Johor, Malaysia hingga ke Sukhothai, Thailand dan singgah di Bangkok sebelum kembali semula ke Malaysia. Mengikut Google Map, perjalanan sehala ini dari Johor ke Sukhothai dan Bangkok adalah 2844 km. Maka, jumlah keseluruhan perjalanan (pergi-balik) adalah lebih 5000 km. Berdasarkan Google Map di atas, berikut adalah bandar-bandar yang akan saya singgah. A- Kluang, Johor B- Kuala Ketil, Kedah ( wedding shooting ) C-Bukit Kayu Hitam ( immigration check-point ) D-Phattalung (bermalam) E-Ayutthaya (bermalam) F-Sukhothai (bermalam) G-Si Satchanalai H-Bangkok Jadual perjalanan ( itinerary ) akan saya lampirkan pada postingan akan datang.