Catatan

Tunjukkan catatan dari November 25, 2012

Mendaki Gunung Lambak

Imej
Hari ini hari cuti. Rasa bosan pula duduk di rumah. Jadi aku mengambil kesempatan untuk mendaki Gunung Lambak bersama seorang rakan. Tetapi memandangkan dia tidak membawa kasut, kami merancang untuk mendaki separuh jalan sahaja. Di kaki gunung Gambar di atas diambil di kaki gunung sebelum mendaki. Kelihatan beberapa peniaga mencari rezeki dengan menjual buah-buahan tempatan. Tertarik dengan papan tanda Aku meneruskan pendakian. Trek awal agak mudah kerana laluan bersimen. Terdapat juga kawasan perkelahan. Air terjun Disebabkan cuaca masih pagi, air terjun di sini amat sejuk sekali. Aku pun meneruskan pendakian. Trek bersimen Sepanjang pendakian, kami menyusur air terjun yang deras mengalir dari puncak gunung. Habis laluan bersimen, tibalah kawasan trek yang agak mencabar. Kami mulai mendaki kawasan bukit yang bercerun. Kelihatan pendaki-pendaki lain yang turut menuju puncak. Kira-kira setengah jam kemudian, kami tiba di kawasan rehat ini. Terdapat papan tanda yang men