Mendaki Gunung Lambak

Hari ini hari cuti. Rasa bosan pula duduk di rumah. Jadi aku mengambil kesempatan untuk mendaki Gunung Lambak bersama seorang rakan. Tetapi memandangkan dia tidak membawa kasut, kami merancang untuk mendaki separuh jalan sahaja.

Di kaki gunung
Gambar di atas diambil di kaki gunung sebelum mendaki. Kelihatan beberapa peniaga mencari rezeki dengan menjual buah-buahan tempatan.

Tertarik dengan papan tanda
Aku meneruskan pendakian. Trek awal agak mudah kerana laluan bersimen. Terdapat juga kawasan perkelahan.

Air terjun
Disebabkan cuaca masih pagi, air terjun di sini amat sejuk sekali. Aku pun meneruskan pendakian.

Trek bersimen
Sepanjang pendakian, kami menyusur air terjun yang deras mengalir dari puncak gunung.

Habis laluan bersimen, tibalah kawasan trek yang agak mencabar. Kami mulai mendaki kawasan bukit yang bercerun. Kelihatan pendaki-pendaki lain yang turut menuju puncak.

Kira-kira setengah jam kemudian, kami tiba di kawasan rehat ini. Terdapat papan tanda yang menunjukkan jarak perjalanan ke puncak.

Papan tanda
Tidak mungkin sesat dengan papan tanda ini
Kami meneruskan perjalanan ke kawasan rehat yang terbinanya papan tanda "selamat datang" ini.

Di sini juga terdapat kolam air kecil dan ikan-ikan.

Paku pakis
Mengkarung
Selain itu, saya tertarik dengan ulat gonggok gergasi ini.

Selepas meluangkan masa berehat kira-kira setengah jam di sini, saya pun menuruni bukit.

Cendawan
Sya sempat singgah di air terjun ini untuk mencuci muka dan merasai kedinginan air gunung.

Sebelum balik, saya bergambar di titi gantung ini.

Sekian saja coretan pendakian ringkas saya di Gunung Lambak. Jumaat akan datang, saya bercadang ke Bukit Broga pula. Jumpa di sana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam