Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 31, 2017

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam

Imej
Saya mula memasang angan-angan untuk ride ke Vietnam setelah melihat foto sahabat FB saya, saudara  Bard KR yang pernah membawa motosikal Kawasaki KSRnya ke sana suatu ketika dulu. Vietnam sememangnya membenarkan pelancong luar membawa masuk kenderaan sendiri ke dalam negara itu atas tujuan pelancongan tidak melebihi 30 hari. Kenderaan luar yang boleh dibawa masuk adalah kereta (dengan stereng sebelah kiri) dan juga motosikal.  Terdapat beberapa syarat untuk kenderaan luar memasuki Vietnam iaitu: Pemandu mestilah pemilik kenderaan tersebut.  Nombor plet kenderaan adalah dari negara asal. Mempunyai lesen memandu yang sah.  Mendapatkan permit pengesahan daripada agensi pelancongan Vietnam. Maklumat di atas dipetik dari sumber  http://www.immivietnamvisa.com . Namun untuk mendapatkan permit pengesahan tersebut, kosnya adalah tinggi iaitu dalam lingkungan $1,000 USD. Sebagai rider solo, saya tidak mampu untuk membayar kos tersebut. Jadi, impian untuk ke Vietnam terkubur