Catatan

Tunjukkan catatan dari November 10, 2013

KSR Solo Ride Dari Ipoh ke Melaka

Imej
9/11/2013 Hari ini adalah hari jadi saya. Sempena hari jadi ini, saya akan menunggang KSR saya dari Ipoh ke Melaka. Jam 8:00 pagi selepas bersarapan, saya menunggang dari Ipoh ke Kelana Jaya. Bergambar di highway PLUS berdekatan Gua Tempurung Berehat di kawasan Bukit Beruntung Jam 11:30 pagi saya tiba di Kelana Jaya. Di sini saya melaksanakan tugas merakam majlis perkahwinan. Sebaik selesai wedding shooting tu, saya pun bergerak ke Putrajaya untuk lepaking. Selesai bergambar, saya pun menuju ke Cyberjaya untuk bermalam.   10/11/2013   Saya sudah pun berada di Cyberjaya setelah tiba di sini dari Ipoh malam tadi. Saya memulakan perjalanan ke Melaka seawal jam 8:00 pagi. Dari sini, saya melalui jalan biasa ke Sepang dengan berbantukan GPS. Di bawah ini adalah pelan yang saya lalui dari Cyberjaya ke Sepang.   Melewati bandar sepang, saya merentasi sempadan ke Negeri Sembilan.   Dari situ saya melalui jalan Banting-Port Dickson ini.