Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 17, 2017

Ride & Chill 2017: Memilih Pintu Sempadan dan Laluan

Imej
Esok bermulalah perjalanan saya menuju Laos untuk kembali ke tanah air. Untuk ke sana, saya perlu merancang pintu sempadan mana yang 'selamat' untuk saya keluar Vietnam dan memasuki negara Laos. Dari lokasi saya iaitu Than Uyen, terdapat dua pintu sempadan berdekatan. Pintu sempadan tersebut adalah Tay Trang (berdekatan Dien Bien Phu) dan Na Meo masing-masing berjarak 235 km dan 385 km dari Than Uyen. Berikut adalah petikan dapatan dari Internet berkenaan kedua-dua pintu sempadan tersebut. The Northern-most border in between Muang Khua on the Lao side, and Dien Bien Phu in the Vietnamese side, we have been told that this border crossing is either not possible, or expensive, with a motorbike.  I crossed today from vietnam to Laos with our bikes. We crossed at the Na Meo border and, as below, all went smooth.  Dipetik dari  www.nomadasaurus.com Berdasarkan petikan tersebut dan beberapa sumber lain, saya memutuskan untuk keluar negara Vietnam melalui pintu sempadan Na

Ride & Chill 2017: Ma Pi Leng Pass ride

Imej
Hari  10  (21 Disember 2017, Rabu) Ride  pada hari ini merupakan highlight  utama dalam Ride & Chill 2017. Perjalanan sejauh 117 kilometer bermula dan berakhir di pekan Yen Minh melalui Ma Pi Leng Pass . Ma Pi Leng Pass ini merupakan antara laluan paling menarik di Vietnam. Peta Laluan: Saya terjaga lewat dari tidur pagi ini. Jam 10:00 pagi saya bersiap-siap dan mula keluar dari bilik hotel. Saya tidak membawa kesemua barangan saya kerana saya akan kembali bermalam di hotel yang sama malam ini nanti. Di hadapan hotel sebelum bergerak Memasang semula kad penutup lampu Tuxedo Sebelum meninggalkan Yen Minh, saya singgah bersarapan pagi di sebuah kedai makan di pekan ini. Kelihatan seorang lelaki (kanan) sedang memerhati Tuxedo, dan seorang lagi sedang menghisap Lao Drug   Selepas bersarapan, saya meneruskan perjalanan  Beberapa minit selepas meninggalkan pekan Yen Minh, jalan raya bercabang dua, dan saya meneruskan ride  dengan laluan QL4C menuju Don