Ride & Chill 2017: Menuju Sempadan Laos-Vietnam Dalam Kedinginan

Hari 6 (17 Disember 2017, Ahad)

Setelah menjelang pagi, saya pun bingkas bangun dan menyiapkan diri. Seperti biasa saya mencari secawan kopi panas di kawasan sekitar Ban Na Hin. Ban Na Hin merupakan sebuah perkampungan kecil. Di sini terdapat beberapa buah rumah tumpangan, kedai runcit dan mesin ATM.


Cuaca pada pagi ini begitu dingin ditambah pula dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.



Hari ini saya akan bergerak ke arah timur memasuki negara Vietnam melalui pintu sempadan Nam Phao (Laos)/Cau Treo (Vietnam). Selepas menikmati secawan kopi panas, saya kembali ke rumah tumpangan untuk bersiap.


Gambar di atas adalah semasa saya mengikat beg di hadapan bilik penginapan di Xaychalern Guesthouse. Harga semalaman di sini adalah 60,000 Kip.


Selepas semuanya siap, saya pun meninggalkan Ban Na Hin menuju ke Lak Sao. Saya terpaksa bertukar sarung tangan separa kepada sarung tangan penuh bagi menahan kesejukan terutama semasa ride.



Sebaik sahaja keluar dari Ban Na Hin, laluan mula mendaki kawasan pergunungan. Saya terus menunggang Tuxedo menuju pintu sempadan Nam Phao.





Ketika melalui kawasan Tha Bak, saya tertarik dengan pemandangan sungai dan suasana kampung dengan bukit batu kapur.





Tidak jauh dari Tha Bak, di simpang tiga di pekan Phontan, terdapat stesen minyak LP. Saya pun singgah untuk mengisi minyak Tuxedo.


Perjalanan seterusnya melalui kawasan bukit batu kapur menuju pekan Lak Sao.





Lak Sao sebuah bandar tidak jauh dari sempadan Laos-Vietnam. Di bandar ini ada rumah tumpangan, mesin ATM dan bengkel motosikal. Dari bandar ini, saya terus menggunakan Route 8 menuju Nam Phao. Jajaran Route 8 dari Lak Sao ke Nam Phao merupakan sebahagian daripada Asian Highway 15  (AH15)yang menganjur dari Vinh, Vietnam. Jajaran ini mula menjadi kawasan berbukit bukau menyusuri sungai.


AH15 (Route 8)-Lak Sao ke Nam Phao


Laluan dalam catatan ini:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam