Ride & Chill 2017: Memilih Pintu Sempadan dan Laluan

Esok bermulalah perjalanan saya menuju Laos untuk kembali ke tanah air. Untuk ke sana, saya perlu merancang pintu sempadan mana yang 'selamat' untuk saya keluar Vietnam dan memasuki negara Laos. Dari lokasi saya iaitu Than Uyen, terdapat dua pintu sempadan berdekatan. Pintu sempadan tersebut adalah Tay Trang (berdekatan Dien Bien Phu) dan Na Meo masing-masing berjarak 235 km dan 385 km dari Than Uyen. Berikut adalah petikan dapatan dari Internet berkenaan kedua-dua pintu sempadan tersebut.
The Northern-most border in between Muang Khua on the Lao side, and Dien Bien Phu in the Vietnamese side, we have been told that this border crossing is either not possible, or expensive, with a motorbike. 
I crossed today from vietnam to Laos with our bikes. We crossed at the Na Meo border and, as below, all went smooth. 

Dipetik dari www.nomadasaurus.com

Berdasarkan petikan tersebut dan beberapa sumber lain, saya memutuskan untuk keluar negara Vietnam melalui pintu sempadan Na Meo. Selanjutnya, saya perlu merancang pula laluan untuk ke pintu sempadan itu. Ini kerana dengan jarak hampir 400 km, saya perlu memilih jalan yang kondisinya baik supaya sempat tiba ke situ sebelum pintu sempadan ditutup jam 5:00 petang.

Ketika mencari laluan ke sana menggunakan Google Maps, saya dapati aplikasi itu tidak dapat menunjukkan laluan yang betul ke Border Crossing Station Na Meo.
Laluan salah ke Na Meo

Disebabkan itu saya terpaksa mencari laluan secara manual iaitu menggunakan koordinat 20.291684, 104.678358 (koordinat terhampir dengan pintu sempadan Na Meo) seperti dalam gambar di bawah.

Laluan ke pintu sempadan Na Meo secara manual

Secara default, Google Maps menyenaraikan kod laluan berikut: QL279/QL32, ĐT106, ĐT110, QL6, QL15 dan ĐT520 untuk situ dengan jarak keseluruhan 386 km.

QL adalah singkatan kepada quốc lộ yang bermaksud national road. Jalan ini dibina dan diselenggara oleh kerajaan pusat. Batu kilometer pada laluan ini berwarna merah dan putih seperti dalam gambar di bawah.
Batu kilometer laluan QL4C di Vietnam Utara

Manakala ĐT pula singkatan kepada đường tỉnh yang bermaksud provincial road. Kod laluan ĐT  juga kadang-kala dipaparkan sebagai TL iaitu singkatan tỉnh lộ juga bermaksud provincial road. Jalan raya dengan kod laluan ini diselenggara oleh wilayah. Batu kilometer bagi laluan ini adalah berwarna biru dan putih.

Batu kilometer laluan DT716 Vietnam Selatan

Setelah mencari maklumat di Internet tentang laluan-laluan yang disenaraikan, berikut adalah petikan berkenaan laluan DT 520 ke Na Meo yang perlu saya ambil perhatian.

The road DT 520 is under construction (over almost 20km) and sometimes is very difficult to drive with a scooter because of stones and mudd.

Dipetik dari http://vietnamcoracle.com yang ditulis pada 15 April 2017

I first drove on the TL520, basically a muddy path filled with potholes and dead animals. 

Dipetik dari https://www.travelfish.org

Oleh itu, saya memutuskan untuk mengelak laluan ĐT520 dengan melalui bandar Bá Lộc seperti dipaparkan dalam gambar di bawah. Jarak yang akan ditempuh esok adalah 410 km.

Laluan ke pintu sempadan Na Meo tanpa ĐT520

Peta laluan yang akan saya gunakan esok ke pintu sempadan Na Meo:



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam