Ride & Chill 2017: Ride Menempuh Kedinginan Malam

Hari 8 (19 Disember 2017, Isnin)

Saya terlewat bangun pagi ini. Apa lagi, saya pun bergegas mengemas barang dan daftar keluar hotel. Kemudian saya perlu mencari Tuxedo yang diparkir di lokasi lain kerana hotel tidak menyediakan parkir. Tempat ini berdekatan saja dengan hotel dan caj parkir adalah 20,000 Dong semalaman.

Mendapatkan semula Tuxedo yang diparkir di sini
Setelah mendapatkan Tuxedo, saya menunggang motosikal untuk bersiar-siar di sekitar bandaraya Hanoi.




Bergambar di hadapan stesen keretapi Hanoi



Kemudian saya bertemu dengan kenalan FB yang merupakan penduduk tempatan Hanoi. Beliau membawa saya merasai makanan tempatan Hanoi.



Antaranya adalah manisan ini yang nama tempatannya adalah sữa chua mít yang bermaksud yogurt nangka. Menurut beliau, gerai ini agak lengang kerana pelanggan kurang semasa musim sejuk. Betul juga, dah musim sejuk, tentu jarang orang nak makan manisan berais ini.



Selain itu, saya juga dibawa merasai bún đậu mắm tôm. Keunikan makanan ini adalah pada sosnya yang diperbuat daripada udang. Rasanya seakan-akan budu kelantan.



Baru saya ingat di sepanjang perjalanan, saya kerap melihat perkataan bún di papan tanda kedai makan. Rupanya, mee yang menyerupai bihun tetapi agak melekit yang berwarna putih dalam gambar di atas itulah adalah bún.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam