Ride & Chill 2017: Wilayah, Daerah dan TP

Sebaik memasuki pintu sempadan Cau Treo, saya berada di Wilayah Ha Tinh iaitu sebuah wilayah Utara Tengah Vietnam. Dari pintu sempadan, saya masih berada di Asian Highway 15 (AH15) tetapi kali ini di dalam negara Vietnam. Bahagian ini menuruni kawasan pergunungan.





Berjiran dengan Ha Tinh adalah wilayah Nghe Tinh. Destinasi saya hari ini adalah ke bandar Vinh di dalam wilayah Nghe Tinh tersebut. Di bandar itulah penghujung lebuhraya AH15 ini.




Menjelang malam, saya singgah di sebuah kafe di tepi jalan. Selain menikmati kopi Vietnam yang panas, saya dapat melayari Internet percuma kerana kebanyakan kafe di Vietnam, menyediakan wi-fi untuk pelanggan.



Lebih kurang jam 9:00 malam saya tiba di bandar Vinh. Semasa tiba di sini, suhu adalah 17°C. Ketika ketibaan di hotel, seorang pemandu trak menegur saya dan beliau tertarik dengan kembara motosikal saya dari Malaysia ke Vietnam. Lantaran itu, beliau membawa saya bersiar-siar bandar Vinh.


Dalam bahasa Vietnam, thành phố bermaksud bandar. Dalam Google Maps, singkatannya adalah TP. Kebanyakan daerah dan bandar di Vietnam mempunyai nama yang sama. Oleh itu, untuk mencari sesuatu bandar, adalah lebih tepat untuk menaip tp. di hadapan diikuti dengan nama bandar. Sebagai contoh untuk mencari bandar Vinh, taip sahaja tp. Vinh di Google Maps.

Ketika bersiar-siar di bandar Vinh, sahabat baru saya ini menunjukkan cara menghisap tembakau Laos yang popular di Vietnam dipanggil thuốc lào.


Tembakau Laos ini dihisap menggunakan buluh yang diisi air di dalamnya. Ia sangat popular di Vietnam dan biasa dilihat di jalanan. Saya sendiri berpeluang mencubanya.


Laluan dalam catatan ini:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam