Ride & Chill 2017: Tiba di Bandaraya Hanoi

Jam 7:30 malam, saya tiba di Bandaraya Hanoi. Sebaik memasuki bandaraya ini, perkara pertama yang menarik perhatian saya adalah jumlah motosikal yang banyak serta tidak putus-putus ke hulu-hilir.

Tiba di Hanoi

Di dalam gambar di atas, di antara celah-celah ratusan motosikal, terdapat banyak pemandu motosikal Grab Bike. Berbeza dengan Thailand, pemandu Grab Bike di sini memakai baju yang seragam.

Lokasi pertama yang saya tuju di Hanoi adalah masjid. Nama masjid tersebut adalah Al-Noor Mosque yang merupakan satu-satunya masjid di Hanoi. Malah ia juga masjid tunggal di wilayah Utara Vietnam ini.


Di hadapan pintu masuk masjid

Sebaik melangkah masuk, saya pun memberi salam kepada jemaah yang ada di dalam dan memperkenalkan diri. Mereka kelihatan gembira menyambut saya dan melayan saya sebagai seorang musafir. Kebetulan mereka baru selesai majlis kenduri doa selamat dan mempelawa saya menjamu selera makanan yang masih ada.

Jemaah menghidangkan nasi beriani
Saya langkah kanan malam ini kerana dalam perjalanan saya amat mengidamkan nasi beriani. Sambil menikmati hidangan, kami berbual-bual. Selesai menjamu selera, mereka turut membungkuskan beberapa ketul roti untuk bekalan saya dalam perjalanan esok. Saya berasa terharu dengan layanan baik mereka walaupun berbeza bangsa dan negara tetapi ukhuwah islamiah merapatkan jurang perbezaan tersebut.

Selepas itu, saya menyambut perjalanan saya menuju hotel melalui jalanraya yang sempit dan berlorong-lorong. Saya perlu berhati-hati kerana jalan raya ini juga merupakan tempat orang berjalan kaki.



Jam 8:45 malam saya tiba di kawasan berdekatan hotel.


Selepas mendaftar masuk hotel, saya merujuk semula info tentang perjalanan esok sebelum lena diulit mimpi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam