Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 8, 2013

Hakone Freepass dan Gunung Fuji

Imej
14/12/2013 Awal-awal pagi lagi saya sudah keluar dari hotel kapsul.   Jam 7:00 pagi, saya tiba di stesen Shinjuku. Semalam saya sudah membeli Hakone Free Pass yang berharga ¥ 5000. Saya juga telah top-up ¥ 870 untuk membolehkan saya menaiki Odakyu Romance Car. Gambar di bawah ini adalah kaunter tiket yang menjual pass tersebut.   Sebelum menaiki tren, saya bersarapan dulu di stesen keretapi ini. Saya dapati, masyarakat di sini selepas makan, mereka membersihkan sendiri meja makan. Saya pun terpaksa mempraktikkannya.   Kemudian saya pun ke platform dan menaiki tren Odakyu ini.   Jam 7:30 pagi, tren meninggalkan Shinjuku. Keadaan dalam tren Odakyu Romance Car   Lintasan kereta api Tujuan saya menaiki Romance Car ini adalah membolehkan saya melihat pemandangan sekitar dengan lebih jelas. Sebagai buktinya, saya dapat melihat Gunung Fuji dengan jelas dari dalam tren. Odakyu Romance Car membawa saya terus ke stesen Hakone-Yumoto. Jam 9:00