Tokyo yang Klasik

Kembara saya di Tokyo dimulakan dengan melawat Imperial Palace.
Saya telah pun awal-awal menempah slot lawatan ke istana ini. Memandangkan lawatan hanya bermula jam 10:00 pagi, saya mengambil kesempatan untuk bergambar di pintu masuk istana.



Tepat jam 10:00 pagi, saya dan pelancong lain yang majoritinya rakyat Jepun mula masuk ke kawasan istana. Lawatan bermula dengan taklimat dan juga tayangan video tentang Imperial Palace.

Selepas itu kami dibawa melawat dengan pengawasan dan taklimat oleh seorang pegawai istana.

Keseluruhan penerangan oleh pegawai tersebut adalah dalam bahasa Jepun. Namun untuk pelancong asing (termasuk saya), kami dibekalkan dengan alat rakaman terjemahan.
Di bawah ini adalah gambar bangunan utama di Imperial Palace.


Di dalam istana juga kelihatan pemandangan bandaraya Tokyo.


Terdapat juga bangunan-bangunan lain yang berekabentuk menarik di istana ini.

Lawatan di sini berakhir hampir 1 jam setengah.
Kemudian, saya berjalan kaki ke Stesen Tokyo. Dalam perjalanan ke situ, kelihatan beberapa ekor itik dan angsa berenang di tasik yang airnya begitu bersih.


Saya pun tiba di stesen Tokyo.
 
Kelihatan Jalur Gemilang berkibar bersebelahan bendera Jepun di Hotel Tokyo Station ini. Kebetulan PM kita juga sedang berada di Tokyo ketika ini.
 

Seterusnya saya masuk ke dalam stesen untuk menempah tiket shinkansen (bullet train) untuk ke Nagano pada hari lusa. Untuk menyemak harga tiket shinkansen, saya telah terlebih dahulu merujuk ke web Hyperdia di sini.
 

Selepas mendapatkan tiket, saya pun menaiki tren ke Asakusa.
 

Setibanya di Asakusa, ternampak restoran Mc Donalds ini.
 

Dari situ, saya berjalan kaki ke Senso-ji
 

Tidak jauh dari stesen Asakusa, terletaknya Senso-ji. Senso-ji ini adalah merupakan rumah ibadat bagi mereka yang beragama Buddha dan merupakan kuil yang tertua di Tokyo.
 

Tidak jauh dari Senso-ji, terdapatnya kuil untuk mereka yang beragama Shinto.
 
 
 

Tidak seperti kuil Buddha, kuil Shinto ini tidak mempunyai patung berhala di dalamnya.
 

Dari sini juga, saya dapat melihat menara Tokyo Sky Tree.

Seterusnya saya berjalan kaki ke Nakamise yang terkenal dengan jualan cenderamata.
 
 

Terdapat pelbagai gerai menjual cenderamata di sini.

Pukul 4:30 petang, hari mulai genap dan matahari mulai terbenam. Ini mengakhiri kembara classical Tokyo saya. Sebelah malam, saya akan mengembara ke Tokyo yang moden.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam