Tokyo yang Moden

Saya tiba di stesen Shibuya. Tidak jauh dari sini, terletaknya Shibuya Crossing.

Shibuya Crossing


Di persimpangan ini, beratus-ratus orang melintas jalan serentak ke pelbagai arah.


Di Shibuya ini juga terdapat pelbagai gedung membeli belah yang utama.

Butik kegemaran saya Bershka juga terdapat di sini.

 

 

Saya tertarik dengan vending machine yang menjual pelbagai jenis rokok. Saya pun membeli sekotak rokok Marlboro Jepun sebagai kenang-kenangan.
 
Seterusnya saya singgah ke Starbucks untuk mendapatkan pemandangan Shibuya Crossing dengan lebih jelas.
 
Harga minuman di sini tidak jauh bezanya dengan di Malaysia.
 
Saya minum, saya dapat melihat pergerakan di Shibuya Crossing.
 
Jam 7:15 malam, saya menunggu tren untuk meninjau satu lagi kawasan moden di Tokyo iaitu Harujuku.


Di sini juga terdapat banyak butik-butik pakaian dan kedai-kedai.
 

Selepas berjalan, saya pun menaiki tren balik ke Shinjuku.
Shinjuku pada waktu malam

Kemudian, saya pun berjalan kaki ke hotel iaitu Shinjuku Kuyakusho-mae Capsule Hotel.

Hotel ini adalah berkonsepkan bilik-bilik kapsul. Sebelum masuk ke bilik, tetamu hotel perlu menyimpan kasut di dalam lokar yang disediakan ini.

Lokar kasut

Selepas mendapatkan kunci, saya pun mencari kapsul saya. Di bawah ini adalah gambar keadaan kapsul.

Di bawah ini pula adalah keadaan di dalam kapsul. Terdapat tilam, bantal dan TV.




Hotel kapsul ini juga dilengkapi tempat untuk berehat dan makan.
 
Selepas mandi, saya pun melelapkan mata.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam