Memulakan hari di Jepun

13/12/2013

Hari ini adalah hari kedua saya di Jepun dan merupakan hari pertama di Tokyo. Seawal jam 4:30 pagi, saya sudah bangun tidur dan bersiap-siap untuk ke pusat bandaraya. Saya menggunakan app Google Maps untuk bantuan penggunaan pengangkutan awam di Tokyo. Saya hanya perlu menyatakan destinasi dan app tersebut akan menyenarai cara untuk tiba ke destinasi saya.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah mendapatkan kad Suica.
 
Untuk membelinya saya ke mesin menjual tiket di stesen Tokyo Monorail yang terdapat di lapangan terbang ini dan membelinya melalui menu yang terdapat di situ.
 
Kad ini adalah kad prabayar yang boleh digunakan untuk menaiki tren di Jepun sama seperti kad Touch N Go. Saya membeli kad dengan harga ¥ 3000. Harga tersebut termasuk deposit ¥ 500 Jadi saya mempunyai ¥ 2500 untuk perjalanan.
 

 Jam 5:13 pagi saya menaiki Tokyo Monorail ke Hamamatsucho. Perjalanan saya dibantu dengan penggunaan App Google Maps yang memberitahu tren yang perlu diambil untuk ke destinasi beserta masa ketibaan siap dengan tambangnya.
Stesen Tokyo Monorail di Haneda Airport
 
Setibanya di Hamamatsucho, saya bertukar ke tren Japanese Railway (JR) untuk ke Shinjuku. Dengan kad Suica tadi, ia banyak memudahkan pergerakan saya. Saya tidak perlu ke mesin setiap kali mahu membeli tiket.


Tren tiba tepat pada waktunya.


Pukul 6:06 pagi, saya tiba di stesen Shinjuku

Tiba di stesen Shinjuku


Saya dapati Shinjuku adalah stesen tren yang agak besar. Banyak line tren tiba dan berlepas dari stesen ini.

Saya pun meredah kedinginan subuh untuk mencari lokasi hotel yang bakal saya menginap selama di Tokyo.

 
 
 
Dalam perjalanan, terdapat beberapa buah restoran yang sudah mula menjual makanan.


Saya tertarik dengan vending machine yang menjual pelbagai jenis rokok.


Saya pun tiba di hotel yang telah saya tempah melalui agoda.com tempoh hari. Pemilik hotel membenarkan saya meninggalkan beg pakaian saya. Di Jepun, hotel hanya boleh dicheck-in selepas jam 3:00 petang. Check-out timenya pula adalah pukul 10:00 pagi.
Selepas meninggalkan beg, saya pun berjalan kaki dan bersarapan di salah sebuah cafe berdekatan.



Kemudian saya meneruskan perjalanan ke stesen Shinjuku Sanchome. Dalam perjalanan ke sana, saya tertarik dengan sebuah gedung Uniqlo yang besar ini.

Di sini juga terdapat banyak butik jenama terkenal yang hanya terletak di tepi jalan.




Saya pun tiba di stesen Shinjuku Sanchome. Ini adalah stesen subway.

 

Saya juga perlu bertukar line tren.


Saya tiba di stesen Nijubashimae. Saya tertarik dengan pokok-pokok yang kebanyakannya sudah luruh daunnya.
Pintu stesen subway Nijubashimae




Dari stesen tersebut, saya berjalan kaki menuju ke Imperial Palace.

Dalam perjalanan ke situ, saya tertarik dengan sebuah taman ini.



Daun-daun yang susah luruh dan suasana yang dingin cukup mengujakan. Tambahan pula dengan keadaan taman yang sunyi mewujudkan suasana yang hening.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam