Catatan

Tunjukkan catatan dari November 23, 2014

Bermulanya KSR 3

Imej
Hari Pertama (10/12/2014) Hari ini saya memulakan kembara bermotosikal saya yang ketiga selepas kembara yang lalu iaitu Laos. Seawal  jam 6:30  pagi, saya meninggalkan Ipoh dan menuju ke utara. Disebabkan semalaman tadi hujan telah turun, perjalanan pagi ini agak dingin dan beberapa kawasan diselubungi kabus. Saya turut mengisi minyak RM11 di Shell Juru Perjalanan pagi ini agak lancar, dan saya tiba di Changlun lebih kurang jam 11:00 pagi. Seperti biasa, saya membeli insurans Thai untuk motosikal saya. Disebabkan perjalanan kali ini turut memakan masa lebih daripada seminggu, saya terpakssa membeli insurans untuk tempoh sebulan yang berharga RM36. Selepas itu saya menukar wang ke Baht Thailand. Disebabkan mata wang ringgit agak rendah pada ketika ini, bagi RM10, saya hanya mendapat 94 Baht. Saya juga turut mengisi minyak di Caltex Bukit Kayu Hitam sebanyak RM10. Kemudian, saya meneruskan perjalanan ke pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam. Disebabkan hari ini bukan hujung minggu, maka u