Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 15, 2013

Meninggalkan Jepun melalui Osaka

Imej
18/12/2013  Hari ini adalah hari terakhir saya di Tokyo. Awal-awal pagi saya sudah check-out hotel dan bergerak ke Stesen Kyoto. Saya akan menaiki tren Haruka pada pukul 6:22 pagi ke Lapangan Terbang Kansai yang terletak di Osaka.   Berikut ini adalah tiket tren yang telah saya tempah pada hari semalam di stesen Kyoto.   Tepat masanya, tren tersebut pun tiba di stesen.   Sejam lebih perjalanan, saya pun tiba di Lapangan Terbang Kansai.             Lega kerana selesai urusan check-in bagasi dan memperolehi boarding pass ini.     Kansai adalah lapangan terbang yang terletak di sebuah pulau di tengah laut.   Ia dihubungkan ke tanah besar Jepun melalui jambatan ini.     Sementara menunggu penerbangan, saya bersarapan. Menjadi budaya masyarakat di sini mengemas meja sendiri lepas makan.   Penerbangan saya dijangka berlepas jam 11:00 pagi.   Penerbangan saya ke Kuala Lumpur memakan masa 7 jam.

Itinerary Japan 2013: Day 7 (Hari terakhir)

Hari adalah hari terakhir saya di Jepun. Hari ini juga pelengkap bagi perjalanan saya di negara ini selama 7 hari 6 malam dengan eksplorasi bandar Tokyo, Nagano, Hakuba dan Kyoto. Saya akan kembali ke Malaysia melalui Osaka. 18/12/13 (Rabu) 06:22 Tren Haruka ke Kansai Airport 07:41 Kansai Airport Doakan agar saya selamat tiba di Malaysia.

Arashiyama Yang Nyaman

Imej
Pada sebelah petang, saya tiba di Arashiyama dengan bas tambang. Antara tarikan utama kawasan ini adalah bamboo groove ini.     Hutan buluh ini mewujudkan suasana yang nyaman.     Di sini juga terdapat lintasan kereta api Japanese Railway.     Selepas puas berjalan, saya menaiki tram untuk balik ke Bandaraya Kyoto.     Tram ini turut menggunakan jalan raya di tengah bandar sebagai laluan.   Seterusnya saya menaiki tren untuk balik ke hotel.   Jika di Tokyo, saya menginap di hotel kapsul. Di Kyoto pula, saya menginap di hotel kabin. Berbeza dengan kapsul, kabin hanyalah satu tingkat dan saiznya lebih besar.     Beginilah keadaan di dalam kabin.  

Higashiyama Yang Bersejarah

Imej
17/12/2013 Jam 6:30 pagi, saya pun tiba di Kyoto. Bas ekspres memberhentikan saya di Stesen Kyoto (Stesen Keretapi Kyoto) sebelum meneruskan perjalanan ke Osaka. Saya tertarik dengan parkir basikal yang terdapat di stesen ini. Untuk makluman, di Kyoto terdapat Kyoto Cycling Tour Project. Klik sini untuk maklumat lanjut.   Di stesen Kyoto, saya menempah tiket untuk perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka untuk perjalanan pagi esok. Selepas itu, saya pun menaiki tren dan mencari hotel yang bakal saya menginap di Kyoto. Sebelum itu, saya top-up kad SUICA saya di mesin ini.   Inilah dia First Cabin Hotel yang telah saya tempah melalui agoda.com.   Selepas mengesahkan tempahan di lobi hotel, petugas di situ membenarkan saya meninggalkan bagasi. Selepas itu, saya pun mencari restoran untuk bersarapan pagi.   Kemudian saya pun berjalan menuju ke tempat menunggu bas. Pagi ini saya bercadang untuk kembara ke kawasan Higashiyama.