Higashiyama Yang Bersejarah

17/12/2013

Jam 6:30 pagi, saya pun tiba di Kyoto. Bas ekspres memberhentikan saya di Stesen Kyoto (Stesen Keretapi Kyoto) sebelum meneruskan perjalanan ke Osaka. Saya tertarik dengan parkir basikal yang terdapat di stesen ini. Untuk makluman, di Kyoto terdapat Kyoto Cycling Tour Project. Klik sini untuk maklumat lanjut.
 

Di stesen Kyoto, saya menempah tiket untuk perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka untuk perjalanan pagi esok. Selepas itu, saya pun menaiki tren dan mencari hotel yang bakal saya menginap di Kyoto. Sebelum itu, saya top-up kad SUICA saya di mesin ini.

 

Inilah dia First Cabin Hotel yang telah saya tempah melalui agoda.com.


 

Selepas mengesahkan tempahan di lobi hotel, petugas di situ membenarkan saya meninggalkan bagasi. Selepas itu, saya pun mencari restoran untuk bersarapan pagi.

 

Kemudian saya pun berjalan menuju ke tempat menunggu bas. Pagi ini saya bercadang untuk kembara ke kawasan Higashiyama.

 

Berpandukan aplikasi Google Maps, saya menunggu bas.
 
Berdasarkan Rajah di atas, saya perlu mengambil bas bernombor 207 yang akan tiba pada jam 8:19 pagi. Tambangnya ¥220.
Saya tertarik kerana jadual bas di aplikasi tersebut dengan perjalanan bas sebenar hampir sama. Tambahan pula di hentian bas ini menunjukkan nombor bas yang akan berhenti serta tanda yang bas sedang menghampiri hentian. Advance sungguh.
 
Saya pun menaiki bas yang dicadangkan oleh Google Maps iaitu bas bernombor 207.
 
Cara menaiki bas di Jepun ialah dengan masuk melalui pintu belakang. Tambang dibayar semasa keluar melalui pintu hadapan. Mengenai tambang pula, melalui aplikasi Google Maps ada dinyatakan sekali tambang.
Setelah tiba di destinasi, saya pun berjalan kaki ke Kiyomizu-dera. Dalam perjalanan, kedai-kedai masih ditutup kerana awal pagi.
 

Hanya terdapat beberapa buah kedai yang sudah dibuka.
 

Setelah berjalan lebih 1 km, saya pun tiba di pintu gerbang ini.
 
 

Sebaik masuk ke dalam, saya dapati rekaan binaan di sini yang bersifat tradisional.
 
 
 

Saya pun masuk ke kuil Kiyomizu-dera yang merupakan tapak warisan UNESCO. Sebaik masuk ke dalam, saya tertarik dengan papan-papan yang terdapat tulisan di atasnya.
 
 

Kiyomizu-dera ini adalah satu kompleks kuil Buddha yang besar. Ia juga merupakan antara 21 calon terakhir untuk 7 keajaiban dunia terbaru. Apa yang menarik perhatian saya adalah dewan utamanya yang disokong oleh tiang-tiang yang tinggi.
 
 

Bangunan di belakang saya inilah dewan besar Kiyomizu-dera.
 

Saya seterusnya berjalan kaki ke Otawa-no-taki.
 

Otawa-no-taki adalah kawasan air terjun.
 

Air ini dipercayai memberi kesihatan, umur yang panjang dan berjaya dalam pelajaran. Tidak hairanlah ramai murid yang membuat rombongan di sini kelihatan berebut untuk meminum air ini.
 
 

Sambil berjalan-jalan di dalam kompleks, terdapat struktur Ksitigarbha ini.
 

Di dalam kompleks ini juga terdapat pagoda yang berwarna terang ini.
 

Dari sini juga saya dapat melihat dengan jelas bandaraya Kyoto.
 

Seterusnya saya berjalan kaki ke kuil Jishu-Jinja. Ia adalah merupakan kuil bagi mereka yang beragama Shinto. Kuil ini dipercayai dapat menemukan jodoh. Kelihatan pasangan nama mereka yang mungkin berharap akan bertemu jodoh.
 
 
 

Antara yang menarik adalah pasangan batu yang terdapat di sini. Mereka mempercayai bahawa jika seseorang berjalan kaki dengan mata tertutup dan dapat menyentuh batu yang satu lagi, jodohnya adalah dipermudahkan.
 
 

Semasa berjalan keluar dari kompleks, saya terserempak lagi dengan struktur Ksitigarbha tetapi kali ini lebih banyak.
 
 

Seterusnya saya berjalan kaki melalui kedai-kedai yang tadinya masih bertutup. Sekarang, kebanyakan kedai sudah dibuka.
 

Saya turut singgah di salah sebuah kedai yang menghidangkan teh Jepun secara percuma.
 
 

Selain teh, di kedai ini juga turut dijual biskut dan kuih tradisi Kyoto. Pengunjung turut boleh mencubanya secara percuma.
 

Saya pun meneruskan perjalanan dengan berbantukan itinerary yang terdapat dalam buku Lonely Planet.
 

Kelihatan pengunjung semakin ramai ke sini.

 

Terdapat juga kedai menjual jeruk.
 

Jalan di sini agak berbukit dan mempunyai banyak tangga.
 
 
 

Dalam perjalanan, kelihatan sebuah lagi pagoda yang bersaiz besar.
 
 
 

Saya turut membeli setin minuman panas melalui vending-machine yang terdapat di tepi jalan ini.
 
 
 
 
 
 

Terdapat juga tempat untuk mencaj kereta elektrik
 
Setelah berjalan, saya tiba di jalan besar.
 

Seterusnya saya menaiki tren dan bas menuju ke Arashiyama.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengisi petrol di Thailand

Ligor yang Penuh Sejarah

Membawa Motosikal Malaysia Memasuki Vietnam